All posts in 'Berita' Subscribe

Gandhi Memorial Trust beri Anugerah Perkhidmatan Awam kepada mendiang Karpal

Dalam sebuah majlis memperingati jasa besar yang ditinggalkan mantan Pengerusi DAP itu di Kelab Di-Raja Selangor semalam, Gandhi Memorial Trust (GMT) telah memberikan Anugerah Perkhidmatan Awam kepada beliau.

Adun DAP syor dua garis tindakan baiki pengangkutan awam Perak

Dua garis tindakan, iaitu syor pembaikan jangka pendek dan jangka panjang dicadangkan Adun DAP Pasir Pinji Howard Lee Chuan How bagi meningkatkan mutu sistem pengangkutan awam di Perak.

Bukan Redzuan atau Saifuddin, Muhyiddin yang patut letak jawatan – Lim Kit Siang

Apa yang Muhyiddin tunjukkan lebih setahun menjadi Menteri Pendidikan selain episod memalukan iaitu menekan dan melanggar kebebasan akademik sehingga menyebabkan peletakan jawatan Redzuan serta Saifuddin?

MB Johor perlu jelas peranan GLC dalam projek kontroversi – Dr Boo Cheng Hau

Ketua Pembangkang DUN Johor Dr Boo Cheng Hau meragui KPRJ mampu menjaga kepentingan dan memberi manfaat kepada rakyat negeri ini memandangkan 60 peratus kepentingan dalam projek ini dimiliki syarikat asing.

Pengarah UMcedel diarah letak jawatan, KPM tak hormat kebebasan akademik

Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin diseru memberi komitmen penuh kepada kebebasan akademik dan bukannya menghukum ahli akademik hanya kerana keputusan penyelidikan tidak memihak kepada pemerintah.

Tanah Pulau Pinang: Zaman BN jual 35 kali lebih banyak, tapi hasil lebih kecil

Melalui sistem tender terbuka yang berdaya saing, kerajaan Pakatan Pulau Pinang berjaya mendapat pulangan yang lebih besar daripada penjualan tanah negeri, walaupun jumlah keluasannya jauh lebih kecil berbanding kerajaan BN sebelum ini.

Jadikan Ramadhan bulan melawan sentimen perkauman dan agama

“Saya berharap kita akan sentiasa mengekalkan rasa kasih antara satu sama lain, tanpa mengira kaum dan agama. Semoga bulan yang mulia ini menjauhkan kita daripada bencana perkauman dan sikap melampau.

Amalan meritokrasi Petronas beri manfaat pada bumiputera, hanya rugikan kroni Umno

Kata Bee Yin, tiada sebab Petronas perlu menganugerah kontrak kepada syarikat bumiputera yang tidak layak dan hanya bergantung kepada hubungan politik ketika ia boleh memberi sumbangan kepada pembangunan orang Melayu yang berbakat dan lebih layak.

Terus perjuang dasar bersama Pakatan untuk kekalkan sokongan rakyat

“Rakyat Malaysia ingin terus menyokong Pakatan dan ingin melihat kita menggantikan BN sebagai kerajaan. Namun ia bersyarat – Pakatan perlu menunaikan kepercayaan rakyat untuk mengutamakan dasar bersama (seperti yang dijanjikan),” kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang

DAP kutuk insiden kepala lembu, minta rakyat P Pinang bertenang

“Tidak berpuas hati dengan Rayer adalah satu perkara, tetapi dengan gunakan cara ini telah menghina satu golongan kaum dan agama. Kerana kita semua tahu ini adalah suci untuk orang Hindu,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang jelas kecewa dengan kejadian tersebut.