All posts in 'Berita' Subscribe

Rakyat tolak BN, tetapi pemimpin UMNO terus cetus kebencian kaum

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata hari ini calon BN yang kalah di Shah Alam, Zulkifli Nordin pula berbohong kononnya DAP mahukan Melayu mati dan menuduh Lim Kit Siang sebagai pencetus rusuhan 13 Mei di Kuala Lumpur, sedangkan ketika itu Kit Siang berada di Sabah.

Peristiwa 13 Mei 1969 adalah fitnah terbesar terhadap DAP

Permainan politik perkauman melampau yang dijaja BN sehingga rakyat yang memilih Pakatan Rakyat menjadi mangsa dengan pelbagai tuduhan membuktikan parti itu dalam ketakutan dan sangat terdesak untuk terus kekal berkuasa.

“Cina bukan pengkhianat, Melayu bukan bodoh”- Dr Ariffin Omar

UMNO didesak menerima keputusan pilihan raya dengan hati terbuka dan menghentikan sentimen perkauman kerana rakyat negara ini sudah sedar bahawa parti berasaskan kaum tidak lagi relevan.

BN gagal martabatkan wanita pasca PRU13

Barisan Nasional (BN) gagal memartabatkan wanita pasca keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, dengan hanya mempunyai 13 Ahli Parlimen wanita daripada jumlah 133 kerusi yang dimenanginya.

Abdul Ghani jadi mangsa perebutan kuasa dalam UMNO Johor: Kit Siang

Penolakan cadangan supaya bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dilantik senator untuk membolehkan beliau menjadi menteri telah mengesahkan apa yang disyaki selama ini bahawa Abdul Ghani menjadi ‘mangsa’ perebutan kuasa dalam UMNO, terutama di Johor.

‘Tsunami Cina’: Najib hina hak demokrasi, perlihatkan hipokrasi ‘1Malaysia’

Setiausaha Eksekutif Biro Pendidikan Politik DAP, Mahdzir Ibrahim dalam kenyataan medianya berkata, tindakan Najib itu boleh menimbulkan kegusaran yang bakal mencetuskan episod perkauman yang berpanjangan.

Tidak benar PR Pulau Pinang gagal dapat sokongan pengundi bukan Cina: Guan Eng

Tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Pakatan Rakyat Pulau Pinang gagal mendapat sokongan pengundi bukan Cina ternyata meleset dan tidak benar sama sekali kerana undi popular yang diperolehi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) meningkat sebanyak 7.7 peratus iaitu daripada 58 peratus pada Pilihan Raya Umum 2008 kepada 65.7 peratus pada PRU-13, 5 Mei lalu.

DAP sokong Khalid kekal Menteri Besar Selangor

DAP menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua walaupun DAP dan PAS masing-masing memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta PKR dengan kerusi untuk membolehkan Pakatan Rakyat (PR) kekal memerintah Selangor.

Kemenangan PR bukan ‘tsunami kaum Cina’, tapi ‘tsunami rakyat Malaysia’

Kejayaan Pakatan Rakyat (PR) menambah kerusi Parlimen daripada 82 kepada 89 dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 197 kepada 230 pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dianggap “tsunami rakyat Malaysia” bukannya “tsunami kaum Cina”.

Melayu DAP menang tiga kerusi, tambah undi dan pecahkan tembok perkauman

Momokan perkauman sempit dan jahat UMNO-Barisan Nasional (BN) terhadap DAP ternyata bohong apabila tiga calon Melayu DAP memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentakab dan Parlimen Raub, Pahang dan Bukit Bendera, Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13, semalam.