All posts in 'Berita' Subscribe

PR yakin rampas semula Perak, mampu menang 38 kerusi

Pakatan Rakyat (PR) yakin mampu merampas semula Perak daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini berdasarkan peningkatan sokongan pengundi Cina di kawasan majoriti Melayu yang kini tidak keberatan untuk mengundi bukan Cina mewakili mereka.

Pengundi perlu tamatkan politik perkauman UMNO/BN

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyeru pengundi di Malaysia menamatkan riwayat politik perkauman yang diamalkan UMNO-BN kerana ia bukan sahaja bahaya untuk perpaduan kaum, juga digunakan untuk melindungi kezaliman dan salah guna kuasa.

DAP parti pelbagai kaum, sentiasa buka pintu, peluang kepada orang Melayu

Kit Siang berkata, malah kini semakin ramai orang Melayu yang hadir ceramah PR, yang melawat laman web parti komponen PR serta portal berita internet yang lebih adil dan objektif telah sedar bahawa DAP tidak berjuang kerana kaum atau agama.

Fitnah DAP tanpa bukti, tindakan terdesak BN

Risalah fitnah terhadap DAP bertujuan memburukkan parti itu adalah tindakan terdesak pihak yang hanya bersandarkan taktik kotor untuk menakutkan pengundi.

PR sasar menang 33 kerusi di tiga negeri deposit tetap BN

Pakatan Rakyat (PR) mensasarkan tiga negeri iaitu Sarawak, Sabah dan Johor yang menjadi “deposit tetap” Barisan Nasional (BN) sebagai penentu PR memerintah dan mentadbir Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Zaid Ibrahim terima jadi penasihat PR di Johor

Calon Pakatan Rakyat Gelang Patah, Lim Kit Siang mengucapkan terima kasih kepada Datuk Zaid Ibrahim kerana menerima jemputan untuk menjadi penasihat kepada Pakatan Rakyat dalam pertarungan di Johor untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) mentadbir di Putrajaya selepas PRU-13, 5 Mei ini.

PR yakin rampas pentadbiran Negeri Sembilan

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook yakin Pakatan Rakyat (PR) bukan setakat mampu menguasai kerusi Parlimen Seremban dan Rasah, malah mampu merampas pentadbiran Negeri Sembilan daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini.

PR bawa era baru politik bersih, UMNO/BN bawa era kolot politik perkauman

Mengikut laporan Malaysiakini semalam yang memetik kenyataan Abdul Ghani ketika berceramah kepada majoriti masyarakat Cina di Johor, bahawa “Jika Kit Siang menang, Hadi mungkin jadi PM”.

Pilih PR untuk masa depan mampan atau kekalkan BN yang rasuah

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini adalah pilihan raya bagi menentukan samada rakyat Malaysia untuk masa depan yang mampan atau kekal memilih Barisan Nasional (BN) yang diselubungi pelbagai rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Beri peluang PR bukti kesungguhan laksana dasar untungkan rakyat: Mahdzir Ibrahim

Pakatan Rakyat (PR) perlu diberi mandat untuk membuktikan kesungguhan melaksanakan semua dasar yang menguntungkan rakyat sepertimana yang berjaya dibuktikan di beberapa negeri pentadbirannya termasuk Selangor dan Pulau Pinang.