All posts in 'Berita' Subscribe

PRU13: Ahli UMNO sokong calon DAP Mentakab, Tengku Zulpuri Shah

“Ada yang hubungi saya, ada yang kita jumpa. Bukan sahaja ahli UMNO biasa yang menyatakan sokongan tapi juga ada jawatan dalam JKKK. Cuma mereka tidak boleh tunjukkan sokongan secara terbuka. Kita pun faham perkara itu,” ujar beliau.

Pemimpin India bisu Zulkifli Nordin ke Parlimen Shah Alam

Kata Gobind, sekiranya MIC berdiam diri kerana ia tidak berani berdepan dengan UMNO bagi membela masyarakat India, maka Vell Paari mesti memenuhi janjinya untuk keluar daripada MIC dan mengajak masyarakat India supaya tidak mengundi BN pada pilihan raya umum kali ini.

PRU13: BN tertekan bila calon PR berpendidikan dan hebat

Pakar Strategik DAP, Dr Ong Kian Ming mendedahkan calon BN yang dikenalpasti memiliki ijazah palsu dan bermasalah ini antaranya ialah Timbalan Menteri Luar Negeri A Kohilan Pillay, Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA), Teh Kim Pooh, Ching Eu Boon dan Lee Ban Seng daripada MCA dan Ketua Hal Ehwal Agama UMNO Ab Wahab Ibrahim.

DAP seru rakyat UBAH: Kemenangan BN bakal gugat kestabilan negara

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tambah memburukkan keadaan apabila isu perkauman dimainkan kelompok dan pemimpin tertentu BN yang dianggap mampu menimbulkan ketakutan dan tidak sihat bagi ekonomi dan masyarakat negara ini malahan mampu menyebabkan pelabur luar negara menarik balik pelaburan mereka.

Zulkifli Nordin yang hina Hindu dipilih Najib jadi calon BN Shah Alam

Pengumuman Zulkifli Nordin sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Shah Alam oleh Pengerusinya Najib Razak memperlihatkan bahawa sebenarnya konsep 1Malaysia yang dilaung-laungkan BN hanyalah retorik semata-mata.

DAP umum senarai calon di Pahang

Parti Tindakan Demokratik (DAP) hari ini mengumumkan kesediaan bertanding di tiga kerusi Parlimen dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang dengan menampilkan calon muka baru berbilang kaum termasuk bekas pemimpin UMNO yang menyertai parti itu.

DAP yakin pendapatan rakyat Perak RM5,000 sebulan jika PR perintah dua penggal

Pengerusi DAP Negeri Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, bersandarkan negeri Perak adalah negeri yang kaya dengan pelbagai sumber dan berpotensi besar untuk menjadi sebuah negeri maju berbanding negeri lain.

Rakyat Perak tekad tebus maruah, kuburkan BN ‘pengkhianat’: Howard Lee

Setiausaha DAPSY Negeri Perak, Howard Lee Chuan How berkata, beliau mahu rakyat Perak kali ini menumbangkan kerajaan ‘haram’ Barisan Nasional (BN) yang mengkhianati mandat rakyat negeri ini dalam peristiwa rampasan kuasa tahun 2009 lalu.

Manifesto PR Perak utamakan kebajikan semua rakyat, Islam tetap terbela

Pakatan Rakyat Negeri Perak sudah lama bersiap sedia untuk mentadbir semula negeri itu justeru mencatatkan sejarah apabila mendahului Barisan Nasional (BN) melancarkan manifesto khas untuk Perak yang bertemakan TAKWA iaitu Telus, Amanah, Kebajikan, Wawasan dan Adil.

DAP sokong Melayu jadi Menteri Besar Perak, ikut perlembagaan: Sivakumar

DAP Negeri Perak tegas mahu orang Melayu dilantik menjadi Menteri Besar negeri itu sebaik sahaja kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.