All posts in 'Berita' Subscribe

PRU-13: DAP menang 38 kerusi Parlimen

DAP memperoleh lebih 70 peratus daripada jumlah kerusi Parlimen yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), apabila memenangi 38 daripada 51 kerusi, dengan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berjaya menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor.

PR dijangka kekal menang 11 kerusi Parlimen di Kuala Lumpur

Berdasarkan sambutan pengundi terhadap PR pada setiap ceramah yang diadakan di seluruh negara ini membuatkan BN semakin cemas sehingga memaksa Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak merayu supaya pengundi terus memberi mandat untuk memerintah.

Pilih PAS, PKR, DAP untuk tamat fitnah, pembohongan UMNO/BN

Calon Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, berkata golongan yang menuduh beliau menjadi dalang peristiwa 13 Mei 1969 masih terus berbuat demikian tanpa diambil sebarang tindakan tegas oleh pihak yang berkuasa, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan calon BN Gelang Patah, Datuk Abdul Ghani Othman.

Maklumat AirAsia dan MAS bocor, Anwar dedah usaha bawa masuk warga asing

Maklumat yang diterima daripada pekerja syarikat penerbangan MAS dan AirAsia turut termasuk salinan komunikasi email di antara MAS dengan pejabat Perdana Menteri berkenaan penerbangan berkenaan.

4,000 keluarga bakal dihalau angkara janji Najib

Kitaran semula janji Barisan Nasional terhadap warga negeri Pulau Pinang terus diulang dengan tanpa segan silu termasuk untuk membina rumah tiga bilik bagi menggantikan rumah pangsa satu bilik di Kampung Melayu Ayer Itam serta janji untuk membina monorail di Pulau Pinang.

Dakwat “kekal” SPR luntur dalam masa beberapa jam saja

Seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi awal pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.

Kit Siang kesal risalah fitnah masih disebar di Johor

Beliau berharap Abdul Ghani faham dan akur tentang perjuangan DAP yang dipenuhi dengan duri, darah dan air mata, semoga beliau berusaha lebih keras untuk memastikan kempen PRU kali ini benar-benar bersih dan bebas daripada fitnah.

Jangan sabotaj usaha Pakatan Rakyat – Guan Eng

“Mana-mana ahli atau pemimpin DAP yang lari daripada pendirian parti adalah dengan sengaja bersekongkol dengan BN untuk melumpuhkan dan mensabotaj usaha Pakatan Rakyat untuk menang dalam pilihan raya yang tidak berapa hari sahaja lagi,” kata beliau.

Anak Ghafar Baba nafikan Kit Siang terbabit 13 Mei

“(Menteri Dalam Negeri ketika itu) Ghazali (Shafie) memberitahu Anwar (Ibrahim) dan saya, ketika kami berada dalam Pergerakan Pemuda UMNO, bahawa kejadian itu adalah percubaan kecil untuk merampas kuasa yang dirancang pemimpin UMNO dan Mahathir terbabit,” ujar Tamrin dalam dua ceramah di Gelang Patah, semalam.

PAS, DAP pertegas dasar bersama

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang memperteguhkan pendirian bahawa kedua-dua parti itu mempunyai pendirian serupa dalam hal menegakkan kebebasan, keadilan, integriti dan demokrasi.