All posts in 'Berita' Subscribe

Pendakwaan Anwar, Azmin, Badrul kerana BERSIH; bukti kerajaan BN niat jahat

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, niat jahat BN terdedah kerana apa yang sepatutnya dilakukan ialah menyiasat dahulu kekecohan yang berlaku tetapi pemerintah tidak mempedulikan itu semua kerana ingin memangsakan Anwar, Azmin dan Badrul

Orang Melayu tinggalkan Pulau Pinang?

Kenyataan Zairil dikeluarkan untuk menjawab tomahan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, dalam laporan Berita Harian semalam yang memetik berkata bahawa Bumiputera Pulau Pinang dipinggirkan secara halus oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

BN pinggirkan kepimpinan, kepakaran wanita

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, kegagalan BN mewujudkan kepimpinan wanita yang cekap dan amanah menyebabkan ia ketandusan pemimpin wanita sehingga jawatan Menteri Wanita kini dipangku oleh seorang lelaki, iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

PRU13: DAP mahu peralihan kuasa secara aman

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, sikap Perdana Menteri yang masih membisu menimbulkan persoalan sama ada beliau bersama UMNO dan Barisan Nasional bersedia untuk memberi komitmen yang tidak berbelah bagi apabila rakyat telah membuat keputusan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Apabila Puan Tamil Malar menjelma menjadi Mansor bin Jali…

Sivakumar yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak berkata, beliau tidak faham bagaimana perkara seperti itu boleh berlaku kerana semakan maklumat Jabatan Pendaftaran Negara telah dibuat oleh SPR sebelum seseorang itu didaftarkan sebagai pengundi.

DAP tidak mahu gerai thosai dibina depan rumah Timbalan Ketua Polis Negara

“Walau pun Khalid gagal dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai awam apabila beliau memberi kebenaran untuk sebuah gerai burger didirikan (secara haram) di depan rumah Ambiga, yakni satu tindakan yang paling tidak sensitif dan tidak bertanggungjawab, adalah tidak adil jika pihak lain mahu melakukan perkara yang sama di depan rumah Khalid,” Lim Kit Siang

Kerana takut kalah PRU, BN permainkan Islam

Mohamed Sabu – apabila PAS tidak menggunakan istilah Negara Islam, MCA bimbang kerana ia tiada lagi bahan propaganda untuk memburukkan DAP yang kononnya bersekongkol dengan PAS bagi menubuhkan Negara Islam.

DAP kecewa pihak berkuasa biar samseng pro-BN ganggu, ugut Ambiga

Ketua Wanita DAP Chong Eng berkata, rakyat merasa jijik dengan perbuatan kumpulan yang tidak mahu kepada pilihan raya bersih, adil dan bebas itu tanpa dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa walau pun mereka telah melanggar ruang peribadi serta melakukan kacau ganggu di depan rumah peribadi.

Semoga Tunku Aziz terus berjuang untuk integriti, hak asasi dan kedaulatan undang-undang

Ketua Parlimen DAP itu berkata, beliau akan menjadi orang yang pertama yang mengalu-alukan Tunku Aziz jika beliau (Tunku Aziz) mengubah pendiriannya untuk meletak jawatan sebagai Naib Pengerusi DAP serta keluar parti.

Penang kesal niat baik disalah tafsir

Ketua Pegawai Operasi Penang Institute, Zairil Khir Johari, berkata beliau bersama pimpinan wadah pemikir itu kecewa kerana niat yang ikhlas telah disalahtafsirkan untuk dijadikan alasan oleh Tunku Aziz untuk meninggalkan parti DAP serta mengutuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.