All posts in 'Berita' Subscribe

FGVH: Hanya 20% untuk peneroka, siapa sapu 80% lagi?

Setiasusaha Publisiti DAP Tony Pua mempersoalkan tindakan kerajaan UMNO-BN yang tergesa-gesa mahu menjual pegangannya Felda Global Ventures Holding (FGVH), menuntut dijelaskan motif dan agendanya.

Tiada pilihan lain kecuali UBAH untuk kebaikan kita bersama

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, rakyat perlu bergerak bersama dalam satu suara perpaduan untuk menghapuskan wajah hodoh rusuhan 13 Mei yang digunakan sebagai satu senjata untuk menanam perasaan takut dan untuk menimbulkan rasa gentar kepada para pengundi.

Roketkini anjur pertandingan Pesta Lagu Jalanan cungkil bakat muda

Pengerusi jawatankuasa penganjur, Dyana Sofya berkata, pesta itu diadakan sebagai satu usaha murni bagi memberi galakan dan mempromosi kesedaran terhadap nilai-nilai perpaduan, demokrasi, hak asasi, kemanusiaan, integriti dan kerajaan yang adil di kalangan generasi muda

Enam jam hilang di lapangan terbang Miri: Kerajaan BN tak tahu apa-apa?

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Omar Ismail diingatkan bahawa kes itu akan menjadi satu skandal antarabangsa kerana tidak masuk akal seseorang boleh hilang begitu sahaja selama enam jam selepas sampai di lapangan terbang Miri semalam.

Samseng makin ganas serang Pakatan Rakyat, pemimpin masyarakat madani

Mangsa terbaru ialah pemimpin DAP Selangor V Ganapathi Rao dan adiknya V Papparaidu yang diserang oleh samseng ketika menziarahi satu upacara kematian di Taman Mutiara malam kelmarin yang menyebabkan mereka dimasukkan ke hospital di sini.

DAP cadang dana RM1 bilion untuk Sabah basmi kemiskinan

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, dana itu akan memberikan bantuan wang kepada golongan miskin, menyediakan peluang ekonomi yang saksama, menawarkan biasiswa kepada mereka yang memerlukan dan memasang wi-fi internet percuma di tempat-tempat awam bukan sahaja di bandar-bandar tetapi juga di kampung-kampung.

Panel siasatan “bebas”: Hanif bersekongkol dengan BN?

“Jika Hanif masih tidak mahu menarik balik kenyataan prasangka mengenai BERSIH 3.0, beliau haruslah mengambil tempat sebagai “saksi utama” di hadapan mana-mana penyiasatan BERSIH untuk memberi justifikasi pendirian beliau dan bukan mempengerusikan panel tersebut untuk menyiasat apa yang benar-benar telah berlaku di BERSIH 3.0,” kata Kit Siang.

Plagiat lagu UBAH: Dah tak ada modal kah, wahai pecacai UMNO?

Ketua Pemuda DAP Anthony Loke berkata, lagu kempen pilihan raya DAP itu telah diubahsuai dengan cara yang tidak bertanggungjawab dan tidak professional dengan menukar mesej perpaduan dan harmoni kepada propaganda untuk gadaikan Malaysia, menggambarkan seolah-olah DAP anti-Melayu.

Masyarakat India bakal tolak BN dalam PRU13

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang hadir pada majlis semalam berkata, kehadiran ribuan masyarakat India merupakan satu sejarah dalam menuntut perubahan demi generasi kini dan akan datang.

BERSIH 3.0: Mahathir kutuk anak sendiri?

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, tuduhan Mahathir yang tidak masuk akal itu mencerminkan sikapnya sendiri dan membangkitkan pertanyaan sama ada anaknya Marina “tidak cerdik” kerana sanggup menjadi “alat” kepada BERSIH 3.0 dan Pakatan Rakyat.