All posts in 'Berita' Subscribe

Masyarakat bukan-Islam rela tanah untuk perkuburan Islam, kerajaan Pakatan bayar pampasan

Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kerajaan negeri Pakatan terpaksa mencari jalan dan wang untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana kerajaan persekutuan UMNO-BN enggan membantu meringankan beban umat Islam di negeri itu.

Wacana Roketkini dedahkan budaya fitnah UMNO, jelaskan pentingnya solidariti antara kaum dan agama

Sekular merujuk kepada proses dalam pentadbiran untuk memastikan keadilan dan peluang saksama, dan ia bukan sebagai ideologi atau bersifat anti-agama, Zairil Khir Johari

Masalah pendatang asing Sabah; media ditutup mulut?

DAP mempersoalkan tentang laporan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dipersetujui Kabinet 8 Februari lalu untuk menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah tidak disiarkan dalam mana-mana media arus perdana semalam.

Hanif berat sebelah, BERSIH 3.0 bakal dimangsakan

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, sebagai bekas ketua polis negara, Hanif tidak sepatutnya menjadi ahli panel siasatan, apatah lagi mengetuainya, atas sebab konflik kepentingan.

BN tetap gaji minima di bawah paras garis kemiskinan

Ketua Menteri Pulau Pinang menyifatkan pengumuman Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak berkenaan paras gaji minima sektor swasta tersebut sebagai tidak tepat kerana ia berada di bawah PGK.

Kenyataan Bekas Ketua Polis Negara bukti reformasi pilihan raya takkan dijalankan.

Menurut Ahli Parlimen Ipoh Timur itu lagi, kerajaan Barisan Nasional telah jauh terpesong daripada menjawab lapan tuntutan Bersih 2.0 dalam perhimpunan aman 9 Julai 2011 untuk pilihan raya yang bebas dan adil serta tiga tuntutan tambahan perhimpunan aman “duduk bantah” Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Suhakam dipinggir, Najib terus dolak-dalik

Pua berkata, kerajaan UMNO-BN perlu membuka mata bahawa punca utama kekecauan sewaktu perhimpunan aman Bersih 3.0 bermula apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak dipilih oleh rakyat telah menolak permohonan Bersih untuk menggunakan Dataran Merdeka.

Kerajaan Pakatan Pulau Pinang bina kompleks mahkamah syariah

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang puas hati dengan proses pembinaan projek tersebut menyatakan bahawa 3.49 ekar tanah telah diperuntukkan untuk pembinaan yang mengambil keluasan 2.93 ekar di Jalan Batu Gantung/ Jalan Scotland di daerah Timur Laut.

Lagi Melayu sertai DAP

Menurut Pengerusi Penaja Cawangan Taman Sri Damansara Shari Othman, walau pun disifatkan sesetengah orang sebagai “perlakuan melawan arus”, penyertaan beramai-ramai ini adalah kerana memperlihatkan komitmen DAP sendiri terhadap masalah yang dihadapi masyarakat setempat tanpa mengira kaum.

Guan Eng minta BERNAMA perbetul laporan tentang Bayan Mutiara

“Saya berasa kesal bahawa pada Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, Bernama telah menyalahgunakan kebebasan untuk membuat laporan mengelirukan tentang jawapan saya.” Lim Guan Eng