All posts in 'Rencana' Subscribe

Tulislah, demi kemanusiaan! – Muhammad Nazreen

Menulis memberi peluang untuk si penulis melepaskan keinginan sebagai seorang manusia yang gagal diterjemahkan ke dalam realiti kehidupan. Jadi – di hujung mata penalah, mereka ketawa dan menangis.

Keamanan di Bumi, Perasaan Muhibah terhadap Semua – Lim Kit Siang

Rakyat Malaysia yang waras dan bersemangat muhibah daripada semua agama perlu tampil bersatu tenaga dan daya untuk mencegah suara-suara sumbang yang menyeru ke arah kebencian, permusuhan dan sikap tidak bertolak-ansur yang cuba mencemarkan Malaysia sebagai satu model bagi masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya dalam dunia global.

Kerajaan BN, PM jenis apa tidak hiraukan masalah rakyat – NJ

BN dan pemimpin sedemikian patut terus dipilih mentadbir negara untuk menjadi ‘lintah’ menghisap darah rakyat sehingga menjadi papa kedana, manakala kroni mereka terus dibelai menjadi kaya raya.

Kerajaan minoriti tak mampu laksana manifestonya – Mahdzir Ibrahim

Jika ia memang dirancang maka ia mungkir janji kepada rakyat khususnya penyokong dan pengundi mereka sendiri, jika tidak, maka ini bermakna kerajaan UMNO/BN gagal menjangka masalah yang mengganggu pelaksanaan manifesto mereka sedangkan mereka mendakwa malah berkempen meminta rakyat memilih parti yang mempunyai berpengalaman berpuluh tahun mentadbir Malaysia.

The Heat: Guna Hak Berfikir Sebelum Hak Bersuara? – Haris Zuan

Berapa kerat sahaja yang baca The Heat. Malah sebelum permit The Heat ini digantung tidak bertali (meminjam istilah Fathi Aris Omar) oleh Kementerian Dalam Negeri, kebanyakan kita tidak sedar pun akan kewujudan akhbar mingguan ini. Tetapi kita pastinya tidak terlalu naif untuk menyedari bahawa tindakan ini adalah peringatan untuk yang lain agar lebih ‘berhati-hati’ dalam laporan mereka.

Matinya suara mahasiswa pasca PRU-13: Dah jadi UMNO? – Hafiz Zainuddin

Sebabnya mudah, anak muda Malaysia, graduan IPTA dan IPTS sibuk menamatkan pengajian demi sebiji kereta dan kahwin cepat. Wacana hanya tinggal wacana, bila timbul polemik, wacana lagi. Maka, berwacanalah sampai mati dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap jadi entiti ‘maha kuasa’.

Ku Nan, hartanah dan nilai wanita – Aishah

Apa yang berlaku semalam jelas menunjukkan di pihak UMNO masih tidak atau kurang kesedaran gender. Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atas kapasiti sebagai menteri Wilayah Persekutuan, membandingkan wanita dengan harta tanah dalam menjustifikasikan kenaikan kadar cukai taksiran untuk harta tanah di Kuala Lumpur.

Anak Muda Generasi Bankrap C – Haris Zuan

Ramai sungguh manusia bankrap di negara ini. Malah Husin dalam Hantu Kak Limah 2 pun bankrap juga sebab masuk skim cepat kaya di Singapura. Yes Sekupang pun bankrap. Tapi ini bukan hanya dalam filem, tahun lepas sahaja (2012) sahaja, menurut Jabatan Insolvensi (jabatan yang menguruskan orang bankrap dan ada masalah hutang) terdapat 19,575 orang diisytiharkan muflis aka bankrap kerana kegagalan menguruskan hutang.

Musim kahwin, musim barang naik; kita orang perempuan kenalah buat sesuatu

Ini yang Kak Yah nak tegur. Marah memang dah lama marah. Bukannya apa, kalaulah kita fikir, apa guna bagi segala bagai BR1M tu kalau harga barang naik? Kak Yang boleh gerenti, harga ni takkan turun selagi kerajaan BN tak turun. Percayalah! Ini memang rekod mereka. Cakap tak serupa bikin. Bila kita komplen dikatanya tak bersyukur. Ewah-ewah…macamlah kita duduk Malaysia ni free belaka!

Mutu pendidikan merosot: Bila Muhyiddin mahu berterus terang? – Lim Kit Siang

Muhyiddin dianggap melakukan tindakan yang paling merugikan negara apabila mengabaikan kenyataan bahawa Malaysia sedang menghadapi krisis pendidikan sejak sedekad lalu dan memperdaya ibu bapa dalam kelompok 40 peratus rakyat termiskin dengan gambaran palsu mengenai mutu pendidikan “bertaraf dunia”.