All posts in 'Rencana' Subscribe

Perutusan Tahun Baru 2014 DAP

Pandangan jauh 51 peratus pengundi yang menolak BN telah dibuktikan dengan siri kenaikan harga gula, petrol, tarif elektrik dan tol lebuh raya selepas BN mengekalkan kuasa.

Angkat senjata melawan kenaikan cukai – Haris Zuan

Cukai adalah wajib. Mencukai yang mampu – khasnya yang kaya – bagi kepentingan semua adalah satu cara untuk memastikan semua dapat merasa nikmat hidup bermasyarakat, saling bantu-membantu – satu fikiran asas mengenai kepentingan cukai. Tiada yang membantah akan perkara ini. Namun yang dibantah apabila cukai yang dikenakan tidak membantu menyenangkan hidup rakyat terbanyak. Duit cukai yang banyak itu tidak jelas di mana hilangnya.

11 langkah tidak cukup bendung kenaikan kos sara hidup rakyat – NJ

BUKAN setakat 11 langkah yang perlu diputuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, malah banyak lagi langkah penjimatan perlu dilakukan sebelum menaikkan harga petroleum, gula, tarif elektrik dan kadar tol jika betul-betul kerajaan Barisan Nasional (BN) mendahulukan rakyat

Tolak politik lapuk, rintis jalan politik baru demi sebuah negara lebih baik untuk semua rakyat Malaysia

Generasi akan datang harus dipersiapkan dengan ilmu dan maklumat yang benar, selain dipastikan tidak menjadi mangsa pembodohan terancang pihak pemerintah yang tidak lain hanya mahu supaya rakyatnya tidak terlalu cerdik sehingga mampu melawan kezaliman dan salah guna kuasanya.

Ucapan menjelang tahun baru: Sebuah satira politik – Muhammad Nazreen

Sesungguhnya, hasil titik peluh kerajaan selama lebih 60 tahun membuahkan hasil. Kini, golongan Bumiputera mampu memiliki kondominium mewah berharga RM110 juta di kota New York.

Ambang 2014: Tahun susut duit, susut nilai dan bukti pembohongan BN – Hafiz Zainuddin

Dengan kegagalan kerajaan mengurus ekonomi dengan baik; yang akhirnya menyebabkan hutang negara bertambah, kenaikan harga barang dan rekod rasuah yang cemerlang. Adakah 2014 ini juga akan menyaksikan kejatuhan ekonomi negara yang dahsyat?

ANAK MAMI DI PERANTAUAN – Ayuhai UMNO. Lain diminta, lain diberi

United Malays National Organisation sebenarnya bukanlah parti politik yang semacam monyet. Tidak pula parti itu dipenuhi lembu. Tetapi acapkali ia bertindak tanpa menghiraukan nasihat umum.

Dari mata rentaku: hadiah daripada Roket – Oleh Edwin Bosi

Projek sistem paip graviti Impian Sabah bukan sahaja membekalkan air kepada mereka, tetapi sekurang-kurangnya selama 18 hari banyak aktiviti yang dibuat dengan penyertaan sukarelawan.

Pesta demokrasi dan polis moral – Mahdzir Ibrahim

Pesta rakyat yang muncul dalam ruang demokrasi itu, pada hari ini bukan lagi pesta yang dirai sepertimana sebelumnya, kini ia dibajak oleh mereka yang anti demokrasi.

Telegram untuk Andre Villa Boas – Aliff Fikri

Saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan pengkhianatan dan kerakusan kuasa yang menyebabkan Villa Boas kehilangan kerja ini. Jadi atas sedikit rasa simpati, marilah kita mulakan saja tulisan ini dengan Revolusi Cuba.