All posts in 'Rencana' Subscribe

DAP – antara idealistik dan realistik – Oleh Mazir Ibrahim

Ideal dalam konteks yang realistik dan praktis adalah dengan jalan bersederhana. Konsep sederhana ini pula boleh kita terima sebagai pilihan jalan tengah yang mana kita menolak sesuatu yang akhirnya membawa kepada sifat ekstrem.

UMNO tolak hudud, MCA hina hudud, mengapa DAP dijadikan sasaran? Oleh Izmil Amri

Pendirian DAP jelas nyata, tiada dolak dalik. Malah DAP berani menganjurkan wacana dan dialog walau pun disedari soalan-soalan yang susah akan dilontarkan.

Siapa ancam Melayu dan Islam? – Oleh Hafiz Zainuddin

Mereka berkata DAP anti-Melayu, anti-Islam semata-mata kerana melihat wajah-wajah pemimpin dari kalangan orang Cina.

Tender tertutup BN: Siapa rugi, siapa untung? Oleh T.K. Tan

Kenapakah tender kontrak belum ditutup lagi tetapi syarikat-syarikat ini sudah mengetahui tentang keputusannya? Di mana wujudnya ketelusan dalam proses tender MRT yang dijanjikan PM?

Anak Mami di Perantauan : Awak ni funny lah UMNO

Tidak, saya tidak mempersoalkan nawaitu, saya pasti Barisan Nasional ikhlas dan punya hati yang suci murni untuk membantu meningkatkan beban hutang negara yang akan ditanggung oleh anak cucu kita nanti.

Tahniah Morsi, jalan tengah menjadi pilihan Oleh Izmil Amri

Ketakutan yang dirasai United Malays National Organisation adalah ketakutan yang biasa bagi kelompok pemerintah yang semakin hampir ke hujung usianya. Sewajarnya kita amankan hati mereka ini dengan janji manis agar tidak diseret semuanya ke mahkamah sepertimana yang terjadi kepada Hosni Mubarak.

Katanya… Tan Sri Khalid tak tahu berpolitik ?

Adakah kerana itu Tun M menganggap Tan Sri Khalid gagal memimpin pentadbiran negeri? Adakah Tan Sri Khalid dianggap gagal kerana berjaya memberi rakyat Selangor air percuma, memperkenalkan tender terbuka, menghapuskan surat sokongan dan kabel politik, memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat, dan meningkatkan syiar Islam di negeri?

UMNO-BN mahu ‘beli’ undi pemandu teksi? Oleh Adil Mat Selamat

Jika dihitung anggaran jumlah pemberian BR1M yang berjumlah sekitar RM 1.92 billion, KR1M sekitar RM 40 juta, Skim Susu 1Malaysia berjumlah RM 4 juta, Baucer Buku 1Malaysia sekitar RM 260 juta, TR1Ma berjumlah RM 35 juta dan Klinik 1Malaysia berjumlah RM 10 juta setakat Januari 2010, kesemua jumlahnya sudah mencecah sekitar RM 2.269 billion.

Pakatan sedia ambil alih semula Perak – Oleh V. Sivakumar

Undang-undang Tubuh Negeri Perak, Perlembagaan Persekutuan dan Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak telah dibelakangkan oleh BN dalam kerakusannya untuk berkuasa kembali.

Syarikat kroni bakal cetus krisis kewangan negara? – Oleh Hafiz Zainuddin

Mengapa kerajaan Barisan Nasional terus amalkan kronisme, iaitu memberi projek besar kepada ‘kawan’ tanpa perlu ada tender terbuka, serta tanpa mengira sama ada syarikat-syarikat kroni tersebut layak, mampu atau berkebolehan?