All posts in 'Wawancara' Subscribe

‘Jangan bagitau mak bapak kami main di gig Roketkini’

Putrajaya bukan tempat sesuai untuk buat wawancara. Dua blok bangunan di Putrajaya bersamaan sepuluh blok di tempat lain. Kalau …

Dum Dum Tak: Punk adalah penentangan

Pakcik dan makcik PAS pun mengenali Dum Dum Tak, setidaknya lewat himpunan protes harga minyak Julai 2008

Karpal, di mata puteri tunggalnya (Bahagian 2)

“Ayah suka nasi lemak bungkus. Dia mempunyai selera yang sangat mudah. Baju kemejanya juga semua berwarna putih, kecuali beberapa helai baju batik. Di rumah juga dia lebih suka memakai kain sarung. Dia tidak cerewet dengan kasut dan kain bajunya.

Karpal, di mata puteri tunggalnya (Bahagian 1)

Di mata Sangeet, Karpal Singh adalah seorang manusia yang amat istimewa dari pelbagai sudut. Bagi beliau, Karpal dikenali ramai melalui wataknya sebagai ahli politik dan peguam, namun sebagai seorang individu dan bapa, Karpal teramat istimewa.

“Kezaliman ke atas Anwar cerminan ketidakadilan sistem” (Bahagian 2)

Gerakan Reformasi, ujarnya, yang kini memasuki fasa kedua bukan sekadar mengembalikan hak individu, atau secara khususnya batang tubuh Anwar Ibrahim sendiri, tetapi sebuah perjuangan bersama rakyat demi Malaysia yang lebih baik.

Nurul Nuha dan kempen ‘Berarak Untuk Kebebasan’ (Bahagian 1)

Ibu kepada dua anak ini menegaskan, pemenjaraan lima tahun ke atas Anwar seperti yang diputuskan Mahkamah Persekutuan tanggal 10 Februari lalu tidak lain adalah kerana kelantangan bapanya menentang ketidakadilan, salahguna kuasa, rasuah dan penindasan pemerintah UMNO-BN.

Aziz Isa: Anak muda DAP dan politik baru di Sarawak (Bahagian 2)

Mood akan tetap kepada Pakatan Rakyat walaupun tampuk pemerintahan berubah. Ini kerana Yang di-Pertua Negeri Tan Sri Taib Mahmud dianggap seperti raja, manakala Ketua Menteri Adenan Satim dianggap seperti Bendahara. Kuasa terletak di tangan gabenor (Yang di-Pertua Negeri), bukan kepada Ketua Menteri. Cuma gabenor sebelum ini tak gunakan kuasanya lebih daripada Ketua Menteri.

Aziz Isa: Anak muda DAP dan politik baru di Sarawak (Bahagian I)

Aziz Isa, anak muda kelahiran Sarawak, tidak asing lagi dalam arena politik dan aktivisme di di sana, terutamanya di daerah Tupong. Melihat latar keluarganya, terutama neneknya yang merupakan orang penting dalam Barisan Nasional di Sarawak, mungkin orang tertanya-tanya kenapa beliau menyertai DAP.

“Dr Hatta seperti Abang, saya perlu bantu dia” – Anthony Loke

Kalau saya meletakkan diri saya dalam keadaan beliau, tak tahu bagaimana hendak menghadapinya melihatkan kepada kemusnahan yang teruk. Saya amat bersimpati. Apa yang baik tentang Dr Hatta adalah – beliau seorang yang amat positif. Walaupun menghadapi keadaan yang begitu mencabar, masih boleh memberikan senyuman.

Fahmi Zainol, bukan kecil anak

Bagi saya aktivti di universiti ni memang buat kita banyak belajar. Tapi kita jangan ikut sangat universiti ni, kita kena cari sendiri. Universiti tak sediakan semua. Kita kena usaha lebih dan belajar lebih.