“Jika Arul terus diizin memimpin 1MDB, ia akan menghalang usaha kita mencari kebenaran dan dalang yang menyebabkan lebih banyak kerugian kepada syarikat itu,” katanya.
“Nazifuddin tidak mempunyai pilihan lain kecuali mengambil tindakan undang-undang terhadap stesen TV terbabit bagi membuktikan bahawa beliau tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti Ponzi oleh Ufun.
“Sebagai perdana mMenteri sebuah negara berbilang agama dan budaya dengan lebih 23 juta rakyat, Najib sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dan bukannya mengulangi kenyataan fanatik keterlaluan yang memuntahkan pembohongan serta pandangan melampau,” katanya.
“Jika Najib tidak boleh menjawab atau tidak bersedia untuk menjawab sepenuhnya keraguan dan pertanyaan yang dikemukakan, maka dia harus menerima tekanan serta kritikan berterusan termasuk bersedia meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
“Selama hampir 60 tahun, setiap Perdana Menteri jika ditanya tidak akan teragak-agak untuk mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 tidak akan membenarkan pelaksanaan undang-undang hudud,” jelas Kit Siang.
Kata Steven, dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kenaikan gaji dibekukan, bonus ditangguh, peluang kerja terhad dan kedudukan ringgit melemah berbanding matawang global memberi makna bahawa barangan dan perkhidmatan yang lebih mahal.
“Ramai yang berminat melihat langkah terbaru Mahathir, iaitu ‘perang’ terbukanya terhadap Najib. Terutama apabila Mahathir menggunakan dua kisah kanak-kanak untuk menunjukkan rasa bencinya terhadap Najib,” kata tokoh veteran DAP itu.
Dengan menggunakan alasan membawa kembali Mahathir supaya dapat memimpin tangan Najib dan menjadi mentor kepadanya, ini menimbulkan persoalan apakah Najib ‘baru pandai berjalan’?
Bagi kebanyakan remaja yang menghadiri pesta Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya sepanjang hujung minggu lalu, ia memang menjadi sumber hiburan kepada mereka. Lagi pun ia persembahan percuma, hasil kutipan wang sumber asli negara dan cukai rakyat.