Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan News Straits Times Press (M) Berhad, Berita Harian dan wartawannya Ramli Ibrahim membayar saman RM150,000 kerana memfitnah Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham.
DAP Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sama ada terdapat unsur-unsur rasuah atau salah guna kuasa dalam penyelesaian Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan pemaju yang gagal membina Pasar Borong dan Jeti Nelayan di Manjong.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Datuk Ngeh Koo Ham hari ini berkunjung ke rumah isteri kepada salah seorang 13 tahanan tersebut bagi menyampaikan sumbangan hasil potongan gaji ADUN DAP Perak berjumlah RM18,000.
DAP mengkritik tuduhan sebilangan pihak khususnya UMNO-BN yang mendakwa tindakan Pakatan Rakyat melakukan protes cukur rambut semalam telah mencemari kesucian Parlimen.