All posts in 'Rencana' Subscribe

Peruntukan 42 kali banjir pun tak sama hutang 1MDB

Dalam masa kurang dua tahun, syarikat pelaburan negara 1MDB telah menukar Ketua Pegawai Eksekutifnya sebanyak dua kali. Ini pastinya bukan petanda bagus. Dalam masa sekitar 24 bulan sahaja, jawatan CEO 1MDB bertukar tangan kepada tiga individu.

Moderat lawan ekstremis, cereka penagih kuasa

Hakikat yang perlu difahami adalah pertembungan dua kelompok di dalam UMNO. Demi mempertahankan kuasa, segala jalan digunakan walaupun ia berpotensi menghakis kestabilan dan keharmonian negara ini.

‘April Fool’ nanti kita sambut dengan GST

Berlalu 2014, datang 2015. Bergemuruh seluruh negara dan dunia menyambut kehadiran tahun baru. Tetapi adakah gelak tawa mengira detik 12 malam itu akan kekal sehingga penghujung tahun? Atau kita akan berhadapan dengan liku-liku jalan kehidupan yang sulit dan memeritkan.

Aneh, Menteri Dalam Negeri tulis surat pada FBI pertahan ‘raja judi’

Menteri Dalam Negeri tidak boleh terus berdiam diri dalam isu ini kerana rakyat Malaysia berhak mengetahui kisah sebenar di sebalik kejadian-kejadian aneh ini yang tidak membawa sebarang kebaikan kepada reputasi dan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Banjir: Tiga cadangan untuk Najib

Dalam keadaan darurat, tentera dapat dimobilisasi bukan sahaja untuk membantu pihak polis menjaga keamanan tetapi juga untuk membantu mangsa banjir memulakan kehidupan baru dalam masa paling singkat, termasuk membina perumahan sementara bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir.

Perutusan tahun baru 2015 DAP

Rakyat Malaysia sewajarnya menyambut tahun baru secara lebih bermakna dengan berjuang untuk mengekalkan kebebasan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, apabila kita lahir dalam keadaan memiliki peluang saksama untuk menjadi yang terbaik, dengan kedaulatan undang-undang, ketelusan dan pembangunan lestari yang akan menjanjikan masa depan lebih baik untuk anak cucu kita.

‘Di mana Guan Eng’ tanya orang Umno

Mereka masih juga tercari-cari Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Seolah-olah mereka ini sudah benar-benar bersedia untuk menerima kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai commander in chief, supaya beliau mengepalai usaha kerajaan persekutuan, menggantikan Najib Razak.

Perutusan tahun baru 2015 Ketua Parlimen DAP

Setiap kejadian ada hikmahnya, termasuklah dugaan yang kita hadapi sepanjang 2014 – nahas udara dan bencana banjir terburuk dalam masa berdekad telah menggembleng seluruh rakyat Malaysia menunjukkan rasa simpati, sokongan dan solidariti.

Tubuh RCI wajib jadi keutamaan mesyuarat Kabinet

Bolehkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperjelaskan sama ada Kabinet akan bermesyuarat esok, atau adakah ini tidak akan berlaku kerana ramai Menteri masih lagi bercuti di luar negara?

Mengapa takut bayang-bayang sendiri?

Tidakkah kita faham Malaysia ini tertubuh dengan sebegitu rencam etniknya? Kepelbagaian itu menjadi rencah yang menambah elok negara ini. Penyatuan haruslah bersifat inklusif kepada semua anak Malaysia.