All posts by admin

Shafee Abdullah bakal dilantik sebagai Peguam Negara?

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri menjelaskan apakah Peguam Tan Sri Shafee Abdullah bakal dilantik Peguam Negara sebagai ganjaran ‘kejayaannya’ memenjarakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kezaliman ke atas Anwar cerminan ketidakadilan sistem” (Bahagian 2)

Gerakan Reformasi, ujarnya, yang kini memasuki fasa kedua bukan sekadar mengembalikan hak individu, atau secara khususnya batang tubuh Anwar Ibrahim sendiri, tetapi sebuah perjuangan bersama rakyat demi Malaysia yang lebih baik.

DAP undang CEO 1MDB Arul Kanda jadi panel forum awam

DAP mengundang Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kandasamy untuk menjadi salah seorang panelis forum awam berkait skandal RM42 bilion hutang syarikat itu.

Parlimen Malaysia pilih kasih, tidak mesra pembangkang

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mempersoalkan tindakan Parlimen yang menolak pertanyaan mengenai saksi utama kes Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang tidak didakwa walaupun Mahkamah Persekutuan memutuskan beliau pernah menyertai perlakuan liwat.

Isu Paul Phua: Shahidan Kassim tak faham soalan, tanya lain jawab lain

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng menyelar jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung isu Paul Phua Wei Seng yang bukan saja mengelirukan malah langsung tidak menjawab soalan.

Berbohong di Dewan Rakyat, Shahidan Kassim digesa pohon maaf

Dalam perbahasan Parlimen hari ini, Shahidan mengatakan isu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri yang jelas menghasut perkauman sudah selesai dan sudah ditutup kesnya.

Petisyen White House: Kenapa sekejap ada, sekejap tak ada?

Penyudahnya, petisyen dia sendiri yang dibuktikan penuh dengan tandatangan palsu, dan kini dia hanya ada sekitar 12 ribu tandatangan. Malu jenis ini, nak sorok muka di mana?

Kenapa Indeks Syariah Malaysia tinggalkan ‘perlindungan terhadap negara’? – Kit Siang

Penilaian saintifik itu adalah melalui dasar perlindungan agama,nyawa, harta, bangsa, dan maruah. Menggunakan konsep ‘maqasid syariah’, Indeks Syariah Malaysia dilihat akan dapat mengukur pencapaian jabatan-jabatan kerajaan.

1MDB tidak ada wang, guna duit kerajaan bayar faedah?

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua dan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini mendedahkan kerajaan telah pun memberikan sekurang-kurangnya RM1 bilion kepada 1MDB, dipercayai untuk menyelesaikan masalah kewangan syarikat itu.

Tuduhan anti-Islam: Ismail Sabri diberi tempoh 24 jam untuk mohon maaf

Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham hari ini memberi masa 24 jam kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memohon maaf kepadanya atas tuduhan bahawa beliau anti-Islam baru-baru ini.