All posts in 'Berita' Subscribe

Jangan biar kroni Pusat bolot kontrak bina semula Kuala Krai

Kuala Krai yang sedang dibangunkan semula akibat kesan teruk bencana banjir baru-baru ini tidak boleh dijadikan peluang kepada kroni-kroni kerajaan Pusat untuk membolot projek-projek pembinaan.

Adakah kerajaan akan mohon Australia ekstradisi Sirul ke Malaysia?

Adakah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi akan menulis kepada Australia untuk mengesahkan bahawa Sirul Azhar Umar telah disabit kesalahan membunuh, serta memohon untuk mengekstradisi bekas anggota Unit Tindakan Khas itu pulang ke Malaysia?

“Semua bekas Menteri Dalam Negeri tulis surat secara unilateral pada FBI?

“Benarkah Menteri Dalam Negeri sebelum ini juga pernah menulis surat secara unilateral kepada FBI, tanpa pengetahuan pihak polis dan Ketua Polis Negara pada waktu itu?

DAP gesa polis hentikan amalan pilih bulu, siasat segera 1MDB

DAP hari ini sekali lagi mempertikaikan kredibiliti pihak polis yang sehingga kini tidak pernah melakukan siasatan terhadap penyelewengan 1MDB walaupun sudah lebih sebulan laporan polis dibuat.

“Apakah kenyataan Mashitah kurang serius dari Eric?

“Saya minta KPN beri penjelasan kenapa gagal tahan Mashitah atas penipuan jahat beliau ketika Perhimpunan Agung UMNO bahawa komuniti Cina di Kedah membakar Al-Quran dalam satu ritual agama,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Tolak ekstremisme pendorong kebencian, pupuk sikap hormat dan kesaksamaan

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam perutusan Hari Ponggal berkata, impian rakyat Malaysia adalah keadilan, demokrasi dan kemakmuran ekonomi, dan menghindar dari masalah yang berpunca dari rasuah, salah guna kuasa dan diskriminasi.

Kalau Tun Razak masih hidup, pasti beliau sokong desakan 25 tokoh Melayu

“Saya percaya jika Tun Razak masih hidup, beliau akan memberikan sokongan kepada 25 tokoh Melayu dan memandang serius serta tidak ‘memekakkan telinga’ berhubung surat terbuka terbabit,” katanya dalam forum Memperingati Tun Razak, semalam.

Tun Razak buat, Najib cuma janji, kata Dolah Kok Lanas

Bekas Setiausaha Politik Tun Razak, Tan Sri Abdullah Ahmad menyelar cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hanya pandai bercakap namun tidak pernah melaksanakan janjinya.

Benarkah USD2.3 bilion dana 1MDB di Cayman sudah ditebus?

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kandasamy gagal menjelaskan maksud ‘menebus semula’ dana pelaburan USD2.3 bilion di Kepulauan Cayman, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Edisi khas akhbar ‘Sabahku’ boleh dibaca secara online

Antara kandungan menarik edisi khas lapan muka surat ‘Sabahku’ mengenai penyelewengan Yayasan Sabah, berkait rapat pembalakan haram.