All posts in 'Berita' Subscribe

DAP Sarawak gesa SPR tarik cadangan persempadanan semula

Dalam pengumuman cadangan persempadanan semula baru-baru ini, SPR mendakwa kawasan luar atau pinggir bandar lebih besar di bahagian permukaan (surface), dengan itu menyukarkan wakil rakyat berkhidmat, maka jumlah pengundi harus dikurangkan.

Forum mengenang Tun Razak di KL malam ini, semua dijemput hadir

Forum yang bermula jam 8.30 malam ini bertepatan dengan ulang tahun ke 39 pemergian Perdana Menteri kedua negara yang akan akan mengupas keperibadian beliau membentuk dan mencorak rakyat Malaaysia yang berbilang kaum.

2015 baru masuk minggu kedua, lagi kematian dalam tahanan

Sejak tahun 2005 sehingga 2014, sebanyak 111 kes kematian dalam tahanan direkodkan Suaram dan sehingga hari ini kerajaan masih belum menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Kit Siang: Benarkah bantuan bencana banjir cecah RM800 juta?

Ahli Parlimen Gelang patah itu itu berkata ini berikutan pandangan mangsa banjir, pekerja bantuan dari pelbagai organisasi sivil dan parti politik menyatakan bahawa mereka tidak merasakan langsung nilai perbelanjaan RM800 juta itu, sama ada di Kelantan, Terengganu mahupun Pahang.

PM mesti jamin isytihar darurat jika banjir buruk berlaku lagi

Kit Siang justeru menegaskan keperluan perisytiharan darurat yang menurutnya memberikan kuasa kepada kerajaan untuk mengerahkan kesemua aset yang dimilki setiap agensi, terutamanya helikopter dan bot untuk masuk ke kawasan bencana.

Mesyuarat Kabinet perlu setuju struktur semula Belanjawan 2015

“Kabinet mesti membuat keputusan untuk mengadakan Parlimen Khas sebelum akhir Januari, memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan mengakui hari ini keperluan menstruktur semula Belanjawan 2015,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

GHAH: Eric kritik agensi, bukan kritik agama

Gerakan Hapuskan Akta Hasutan (GHAH) dalam satu kenyataan menjelaskan, harus ada perbezaan antara agama dan agensi yang mengurus hal ehwal agama.

“Kenapa tak tahan Dr Mashitah, Ibrahim Ali? – Guan Eng

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, kerajaan gagal bertindak secara adil apabila penahanan Eric dibuat, dalam masa sama membiarkan Dr Mashitah Ibrahim dan Presiden Perkasa Ibrahim Ali bebas.

Ahli Parlimen BN kaut untung projek MyEG?

“Jika bayaran RM38 dikenakan ke atas 2.4 juta pekerja asing di Malaysia, maka MyEG dijangka mendapat hasil sehingga lebih RM90 juta. Adakah membangunkan sistem permohonan menerusi talian ini memakan perbelanjaan sehingga RM90 juta?

Skandal 1MDB: Dana RM5.55 bilion lesap?

“Persoalannya, di mana RM5.55 bilion telah dilaburkan? Adakah dana ini juga diuruskan oleh pengurus dana misteri yang tidak boleh dinamakan berdasarkan kewangan penuh rahsia Kepulausan Cayman?” soal Tony.