All posts in 'Berita' Subscribe

PR Johor tubuh Jawatankuasa Misi Kemanusiaan, bantu mangsa banjir Pantai Timur

Jawatankuasa Misi Kemanusiaan PR Johor telah ditubuhkan dan akan digerakkan bermula 3 Januari ini. DAP Johor sendiri telah mula mengaktifkan 14 pusat pengumpulan sumbangan untuk membantu mangsa banjir sejak tiga hari lalu.

DAP gesa kerajaan pertingkat industri tenaga di Sabah

DAP menggesa Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili agar melakukan lebih banyak usaha untuk meningkatkan industri tenaga boleh diperbaharui (RE) di Sabah.

2015: Pulau Pinang kembang peluang ekonomi, giat dasar kebajikan

Kerajaan negeri Pulau Pinang bukan sahaja berusaha memelihara kehidupan sejahtera, namun menyasarkan untuk meluaskan kemakmuran ekonomi agar dinikmati segenap lapisan rakyat di negeri ini.

Doa, setiakawan buat mangsa banjir dan nahas pesawat

Dalam perutusan tahun baru 2015 hari ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng turut memanjangkan ucapan takziah kepada keluarga 162 mangsa nahas pesawat Air Asia QZ8501, selain ingatan buat keluarga mereka yang kehilangan orang tersayang dalam kejadian tragis dua penerbangan MAS MH370 dan MH17 tahun ini.

Pulau Pinang terus perarakan Maulidur Rasul, tambah baik program

Perarakan yang akan bermula jam 8 pagi dari Vision Park ke Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas dijadualkan disertai lebih 50 kontinjen agensi kerajaan negeri, persekutuan dan NGO.

Banjir: Masih ada menteri belum habis bercuti?

Majlis Keselematan Negara (MKN) seolah-olah tidak mengaku arahan tidak jelas, selain kecelaruan komunikasi apabila Perdana Menteri mengakui banjir kali ini adalah bencana besar hanya pada hari keempat selepas pulang dari Hawaii.

Banjir: Majlis Keselamatan Negara dijangkiti ‘sindrom penafian’

“Mereka (MKN) sehingga bersusah payah menyebut nama saya sebanyak empat kali dalam kenyataan panjang lebar, menuduh kritikan-kritikan itu sebagai ‘hanya membuat kenyataan dari bangku simpanan’ dan ‘penuh kesombongan’.

Mula 2015 dengan jaminan Batu Sumpah dalam buku sejarah

Kerajaan harus memasukkan ‘jaminan’ Batu Sumpah Keningau dalam buku Sejarah, kata Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong.

Ahli Parlimen Taiping sumbang sebulan gaji kepada mangsa banjir

Dalam pada itu Nga memaklumkan, DAP Perak telah menubuhkan pusat kutipan barangan bantuan di ibu pejabat DAP negeri di samping lima lagi pusat khidmat wakil rakyat.

Banjir: DAP Selangor, Pulau Pinang tambah misi bantuan ke Kelantan

Dalam pada itu, Eddie yang juga penyelaras bantuan banjir DAP Selangor memohon warga Malaysia yang prihatin untuk bersama menghulurkan keperluan barangan dan sumbangan kewangan.