All posts in 'Berita' Subscribe

Pelajar India jadi mangsa penghinaan Muhyiddin

Pemimpin UMNO terus dengan sikap angkuh mereka menghina kaum lain apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa piawaian yang ditetapkan terpaksa diturunkan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar India yang tidak layak semata-mata untuk menepati janji yang ditepati.

Hilang keyakinan pelabur, DAP gesa kerajaan bertindak segera

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua menggesa kerajaan supaya bertindak segera untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti agar dapat memberi keyakinan semula pada pelabur, berikutan kedudukan Malaysia yang menjunam 15 anak tangga dalam kedudukan keyakinan pelabur global.

DAP saran Khalid Abu Bakar letak jawatan sebagai KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hanya boleh mengembalikan keyakinan awam bahawa beliau tidak bersubahat dalam kematian tahanan dengan berlaku jujur dan menyatakan perkara sebenar disebalik kematian A Kugan dan 230 orang lain antara tahun 2000 sehingga Mei 2013 atau secara terhormat meletakkan jawatannya.

Kontrak RM27 juta untuk syarikat Timbalan Ketua Puteri UMNO Kedah?

Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr. Ong Kian Ming semalam mendedahkan kontrak jutaan ringgit telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Puteri UMNO Kedah.

Zahid Hamidi dan Khalid Abu Bakar mesti mohon maaf pada keluarga Kugan

Menurut Nie Ching yang juga Timbalan Setiausaha Publisiti DAP, Khalid juga harus serta merta meletakkan jawatannya kerana sanggup menipu untuk menutup kes kematian Kugan sebelum ini.

Gugur seorang lagi pegawai, EAIC bagai telur dihujung tanduk

Pengguguran seorang lagi Pegawai Kanan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) merupakan bukti nyata badan tersebut tidak relevan.

Lantik Mahathir penasihat PETRONAS, pajak lubuk minyak pada kroni?

Penasihat PETRONAS sekarang hanya seorang individu iaitu bekas Perdana Menteri Tun Mahathir sedangkan peruntukan undang-undang jelas menyatakan supaya majlis penasihat ditubuhkan bagi menasihati Perdana Menteri berkenaan segala dasar, kepentingan dan semua perkara mengenai industri minyak negara ini.

Ijazah Palsu Menteri: bukti dari laman web kementerian dipadamkan – Ong Kian Ming

Ahli Parlimen DAP Serdang, Ong Kian Ming menegaskan maklumat berhubung ijazah palsu Menteri Sumber Manusia, Richard Riot diperoleh dari laman web kerajaan dan bukannya fakta yang sengaja direka.

Tak ada sebab Speaker tolak soalan tentang Taib Mahmud – Lim Lip Eng

Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng hari ini menyelar tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Paduka Pandikar Amin yang menolak pertanyaan lisannya dalam sidang Parlimen.

Harga ‘dakwat kekal’ tiga kali ganda lebih tinggi jadi tanda-tanya

DAP hari ini mempersoalkan pula mengapa kos pembelian bahan itu untuk PRU13 tiga kali jauh lebih tinggi dengan jumlah RM7.1 juta walhal nisbah peningkatan bilangan pengundi sekitar 20 peratus tidak wajar untuk harga semahal itu.