All posts in 'Berita' Subscribe

KPN baru dikecam kerana bermain politik, bukan fokus banteras jenayah

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dikecam kerana bermain politik untuk memuaskan hati tuan politiknya, bukannya fokus pada tugas pertamanya iaitu membuatkan rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur selamat daripada penjenayah dan menjadi mangsa jenayah.

Setiap rakyat, termasuk bayi, kena bayar RM1,000 setahun; Pakatan akan lawan usaha BN kenakan cukai GST

Jika kerajaan Barisan Nasional mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 7%, ia akan menjadi bencana inflasi paling buruk dalam sejarah Negara, terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah. Ini adalah kerana cukai GST merangkumi semua barangan yang dibeli dan dijual.

Wakil rakyat DAP sedia isytihar aset: Tony Pua

Semua wakil rakyat DAP bersedia mengisytiharkan aset mereka seperti yang dicadangkan panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walaupun badan pencegahan rasuah itu “kurang kredibiliti”.

Himpunan Kesyukuran Pakatan Rakyat, 23 Mei

Pakatan Rakyat (PR) akan terus membantah terhadap Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang tidak bersih dan adil dan pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada pengundi kerana memberikan sokongan yang cukup hebat kepada PR di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Pegawai Khas Zairil diserang, dihentak dengan topi keledar

Pegawai Khas Ahli Parlimen Bukit Bendera diserang sekumpulan samseng dipercayai penyokong Perkasa dan Barisan Nasional (BN) dari kawasan Sungai Dua, Pulau Pinang ketika perhimpunan nyalaan lilin di pintu masuk Universiti Sains Malaysia (USM), semalam.

Zahid Hamidi perlu buktikan keberanian berdebat: Guan Eng

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu membuktikan keberaniannya untuk berdebat sehari penuh sebagai menyahut cabaran usul celaan pemimpin DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

Pemuda Pakatan desak keras bebaskan Adam Adli, henti politik khianat

Pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat hari ini mendesak agar aktivis mahasiswa Adam Adli dibebaskan daripada tahanan dan menghentikan segala penganiayaan politik terhadap pemimpin dan aktivis pro-rakyat.

“Siapa dapat komisyen import beras Sabah?”- Dr Hiew King Cheu

Gelaran Kota Belud sebagai pusat penghasilan padi di Sabah hanya sekadar nama semata-mata apabila fakta menunjukkan 85 peratus keperluan beras rakyat negeri itu terpaksa bergantung kepada beras yang diimport dari luar negara.

Cubaan bisukan rakyat, Kerajaan BN terus dikecam

Kerajaan digesa menghormati kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan seperti yang dijamin Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan serta menghentikan pelbagai usaha untuk membisukan kemarahan rakyat terhadap penipuan yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

DAP minta SKMM siasat dalang di sebalik gangguan internet

DAP hari ini membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung wujudnya sekatan kepada beberapa laman web parti sejak Parlimen dibubarkan April lalu walaupun suruhanjaya itu memberi jaminan tiada sebarang sekatan akan dikenakan.