All posts in 'Berita' Subscribe

Guan Eng tahniah pelantikan Hannah, tiga ADUN DAP

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pelantikan Hannah sebagai Speaker DUN Selangor adalah khabar gembira buat pergerakan memberdayakan wanita dan kesaksamaan gender di Malaysia.

Punca bot karam: Tiada jalan darat antara Sibu-Kapit-Belaga

DAP menganggap punca sebenar berlakunya tragedi bot ekspres karam di Sungai Rajang dekat Belaga, Selasa lalu, yang meyaksikan 11 mangsa hilang, termasuk satu mayat ditemui kerana tiada jalan raya antara Sibu-Kapit-Belaga walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka dan enam tahun menuju Wawasan 2020.

40% Ahli Exco Selangor wanita, Hannah speaker wanita pertama

Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negerinya, dengan 40% daripadanya adalah wanita.

DAP sangkal dakwaan KPN bahawa polis adil, tidak berat sebelah

DAP tidak boleh terima dakwaan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa pihak polis adil dan tidak berat sebelah ketika menjalankan tugas dan mereka yang melanggar undang-undang harus berdepan dengan tindakan.

Malaysia di landasan betul jika PR memerintah negara – Guan Eng

“Rakyat perlu yakin BN akan lebih sukar untuk menerima tawaran yang hanya akan memberi manfaat kepada kroni mereka berbanding ketika PR hanya 10% Ahli Parlimen hingga memudahkan BN melakukan banyak perkara terutama jenis kontrak kroni yang terlalu banyak,” katanya ketika berucap di Merton College, Universiti Oxford, England, semalam.

BN mula khianati janji turun harga kereta

Belum sampai sebulan mendapat ‘mandat minoriti’, kerajaan Barisan Nasional (BN) mula mengkhianati janji manifesto untuk menurunkan harga kereta antara 20 dan 30 peratus peratus dengan alasan tidak munasabah dan memalukan.

DAP tuntut BN tunai janji bela nasib 100 keluarga miskin di Kampung Lembaga Padi

DAP Sabah menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membela 100 keluarga miskin yang dipinggirkan di Kampung Lembaga Padi, di sini.

Rakyat mahu IPCMC tamatkan insiden tahanan mati dalam lokap polis

DAP tidak bersetuju cadangan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Khas diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membendung insiden kematian tahanan dalam lokap polis.

Zahid Hamidi mangsa tipu bilik perang UMNO/BN

Menteri Dalam Negeri baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah contoh terbaik menjadi “mangsa sendiri” penipuan “bilik perang” PRU-13 UMNO/BN mengenai DAP membelanjakan lebih satu bilion ringgit sepanjang enam tahun lalu untuk mengupah seramai 3,000 tentera siber “Red Bean Army”.

Rakyat Johor diminta kemukakan soalan kepada lima Ahli Parlimen PR di Johor

Rakyat Johor yang mempunyai soalan dijemput mengemukakan soalan mereka kepada lima Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) di Johor sama ada menerusi e-mel untuk membolehkan soalan itu ditanya kepada menteri di Parlimen yang akan bersidang selama 16 hari mulai 24 Jun ini.