All posts in 'Berita' Subscribe

DAP tidak pinggir masyarakat India, berjuang untuk semua kaum

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M Kulasegaran menempelak tuduhan tidak berasas bekas Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan yang mendakwa DAP tidak bersungguh-sungguh membela nasib kaum India tidak wajar dilayan.

Tuduhan “Red Beans Army’ dibiayai DAP terbukti bohong

Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan Star didakwa menyiarkan berita yang tidak berasas mengenai 3,000 tentera siber “Red Beans Army” kononnya dibiayai DAP, bukannya berdasarkan fakta dan kebenaran yang sepatutnya menjadi pegangan wartawan akhbar berkenaan.

Halang pemimpin PR masuk Sabah bermotif politik

Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong Sze Phin mahu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menjelaskan kesahihan ‘laporan bocor’ Jabatan Imigresen mengenai penyenaraian hitam beberapa nama pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan NGO daripada memasuki negeri itu.

Kit Siang juga tidak dibenar masuk Sabah

Lima individu terbabit ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, dan Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan.

UMNO enggan buka ahli kepada semua kaum

Keengganan UMNO membuka keahlian kepada semua rakyat Malaysia bermakna tidak akan ada satu parti pun daripada Barisan Nasional (BN) menjadi inklusif untuk semua kaum.

DAP mahu Paul Low ‘cakap serupa bikin’

Kerajaan didesak segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk menyiasat secara menyeluruh semua kes tahanan mati dalam tahanan pihak berkuasa yang kini mencecah tujuh orang tidak sampai setahun.

DAP desak tubuh IPCMC kerana EAIC membazir

DAP desak supaya Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) ditubuhkan seperti yang dicadang Suruhanjaya Siasatan Diraja Polis, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah pada 2005 sebagai satu cara untuk mengembalikan keyakinan umum terhadap pasukan polis.

Jangan tipu: DAP minta MIC kemuka bukti, jangan cakap kosong

DAP mahu BN menunjukkan bukti bahawa 1,500 pelajar India diberi tempat di matrikulasi seperti yang dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2012

Malaysia juara pengubah wang haram berpusat di Amerika Syarikat

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata reputasi buruk Malaysia sebagai juara aliran wang haram per kapita menjadi dalil kukuh kegagalan Barisan Nasional (BN) dan Bank Negara melenyapkan rasuah dan mencegah pengubahan wang haram di Malaysia.

Tiada sebab ahli DAP tidak terima notis hadir kongres

Tambahan pula, katanya, perwakilan DAP sepatutnya sudah tahu kerana kongres DAP sudah dihebohkan lebih awal iaitu sebelum tarikh yang sepatutnya diadakan atau mereka boleh merujuk perkara itu kepada Ibu Pejabat DAP, bukannya mengadu kepada pihak lain.