Walau pun masih ada orang Melayu yang menyertai DAP, khususnya di negeri-negeri Pakatan Rakyat, kerana mengharapkan projek, gejala itu tidak menghakis semangat Melayu berjuang bersama DAP demi perjuangan rakyat.
Kerajaan Pulau Pinang tidak akan menaikkan tarif air untuk memastikan para pengguna di negeri itu tidak dibebankan dengan keadaan ekonomi semasa yang semakin menekan.
Logik Barisan Nasional bahawa kadar inflasi hanya naik 0.27 peratus berikutan penarikan balik subsidi adalah tidak munasabah dan cuma mampu memperbodohkan rakyat.
Apa itu fitnah? Tiga ahli panel yang mewakili parti politik Melayu serta seorang cendekiawan agama telah mengemukakan pandangan mereka dalam soal yang telah memporakperandakan politik negara.
Kegagalan MCA untuk menegur kerajaan pusat Barisan Nasional berhubung dasar pemberian biasiswa oleh Jabatan Pelajaran Awam (JPA) terhadap pelajar cemerlang membuktikan parti kaum Cina itu hanya berlagak hero tetapi takut dengan dasar-dasar tidak adil ditetapkan oleh UMNO.
Kerajaan negeri Pulau Pinang sebenarnya enggan menyerahkan hak air negeri kepada kerajaan pusat tetapi tidak dapat mengekalkan aset itu kerana terakluk kepada perjanjian yang dibuat oleh pimpinan negeri Barisan Nasional sebelum tahun 2008.
Kenaikan tarif elektrik tanpa menyemak rundingan berat sebelah dengan syarikat penjana kuasa bebas (IPP) adalah seperti “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan,” kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.
DAP membidas Presiden MIC Datuk G. Palanivel kerana bermain politik murahan dengan mendakwa 20,000 ahli DAP dan PKR telah keluar parti untuk menyertai MIC.
Kesibukan berpolitik tidak menghalang para pemimpin DAP untuk melakukan kerja-kerja amal termasuk menghulurkan bantuan kepada keluarga yang kurang bernasib baik.
Sabah bukan sahaja boleh menjadi maju seperti Pulau Pinang, malah mampu menjadikan kehidupan anak negeri lebih baik dan terjamin jika UMNO dan Barisan Nasional ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.