All posts in 'Berita' Subscribe

Najib mesti jawab tuduhan Deepak dulu – Gobind

“Najib sepatutnya memimpin melalui tauladan dengan mengadakan siasatan terbuka dan memberi respon terhadap dakwaan Deepak Jaikishan baru-baru ini,” ujar Gobind, sambil menambah bahawa Perdana Menteri sendiri mesti memberi kerjasama penuh dalam siasatan terbabit demi membuktikan beliau benar-benar serius.

DAP ucap takziah kepada keluarga Lim Keng Yaik

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata Keng Yaik banyak berjasa kepada negara selama 27 tahun menjadi Presiden Gerakan dan dikenali seorang menteri yang lantang bercakap ketika dalam kabinet di bawah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad antara 1986 dan 2008.

Muhyiddin buktikan ‘janji ditepati’ bina bangunan baru SJKT Sungai Rapat

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dituntut mengotakan janjinya memberi peruntukan RM2.5 juta untuk membina bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gunung Rapat.

Siasat bakal calon BN, dedah kelemahan Najib – Dr Ariffin Omar

“Ia memperlihatkan satu fakta bahawa SPRM seperti berada di bawah kawalan Perdana Menteri. Persoalannya, mengapa baru kini cadangan seperti itu dibuat,” -Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Senator Dr Ariffin Omar

Beri ruang Bumiputera Dayak Sarawak tonjol diri – Leon Jimat Donald

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, DAP perlu memberi mesej kepada masyarakat Dayak Sarawak dengan lebih menyeluruh bahawa perjuangan DAP adalah perjuangan untuk memberi peluang saksama kepada semua.- Pengerusi DAP Sri Aman Leon Jimat Donald

Kerajaan Perak perlu jelas dakwaan sisa radioaktif di Papan bocor – Sivakumar

DAP Perak menggesa kerajaan negeri mendedahkan laporan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia mengenai kemungkinan wujud pembocoran sisa radioaktif di kawasan Papan, Perak.

Kit Siang anggap hukuman ke atas Umar dahsyat, memeranjatkan

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, kerajaan Persekutuan di Putrajaya perlu ditukar pada PRU-13 nanti kerana negara dipenuhi dengan kes yang keadilan jenayah benar-benar teruk, termasuk kes Umar.

DAPSY tuntut bebaskan Umar

Ketua DAPSY, Teo Kok Seong dalam kenyataan medianya kecewa dengan keputusan mahkamah ke atas anak muda itu yang ikut serta dalam ‘Occupy Dataran’ sebelum perhimpunan Bersih 3.0 April lalu bagi menuntut pendidikan percuma dan membantah pinjaman PTPTN.

“Tanah untuk DAP Perak di Kelantan”: Nik Aziz perjelas fitnah UMNO

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal tuduhan kononnya Kerajaan Negeri Kelantan memberi habuan tanah seluas 10,526 hektar di Gua Musang kepada Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham supaya kerusi Menteri Besar Perak diberi kepada PAS.

Imej Malaysia dicemari isu wang haram

“Laporan GFI mecatat tiga laporan buruk antarabangsa mengenai Malaysia bulan terakhir tahun ini untuk mengingatkan rakyat bahawa sudah sampai masanya untuk mereka menukar kerajaan Persekutuan di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.-Lim Kit Siang