All posts in 'Berita' Subscribe

Golongan wanita akan lebih terbela dibawah Pakatan Rakyat – Dr. Siti Mariah Mahmud

“Kerajaan Pakatan Rakyat akan memberikan RM50 setiap bulan. Ini bermakna RM600 bagi setahun melalui Caruman Wanita Nasional,”- Dr. Siti Mariah Mahmud

Melayu sebenarnya muak dengan UMNO BN – Senator Dr. Arifin Omar

“Sebenarnya orang Melayu lah yang muak dengan Gerakan-BN dan pilihanraya 2008 telah menjadi salah satu bukti bahawa UMNO dan BN sendiri telah ditolak oleh rakyat”-Senator Dr. Arifin Omar

BN buat untung dari rakyat untuk bela kroni – Rafizi

Untuk menambahkan lagi hasil kerajaan, Rafizi juga memberikan contoh bagaimana kerajaan UMNO-BN menggunakan perkhidmatan kamera AES untuk membuat keuntungan

Akibat tuduh DAP terlibat dengan maksiat, Khir Toyo akhirnya mohon maaf

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo hari ini telah meminta maaf secara terbuka kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan kenyataan beliau terhadap wakil rakyat DAP itu yang kononnya menghalang pihak berkuasa tempatan daripada mengambil tindakan terhadap sebuah pusat maksiat di Puchong.

AES versi Guan Eng: Agenda Ekonomi Saksama

“Apa yang kita mahu bukanlah AES – Automatic Enforcement System. Kita mahu Agenda Ekonomi Saksama. Itulah perbezaan antara AES BN dan Pakatan Rakyat,”- Lim Guan Eng

Undang-undang anti-lompat parti resahkan BN

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, pindaan perlembagaan ini akan mengkehendaki mana-mana ahli Dewan Undangan Negeri yang melompat atau menukar gabungan parti mereka supaya meletak jawatan dan bertanding semula dalam pilihan raya kecil.

Kerajaan, syarikat telekomunikasi berkemungkinan langgar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

“Penghantaran SMS ini masih boleh dipersoalkan kerana ia melibatkan persoalan sama ada pembekal perkhidmatan telekomunikasi telah melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang dikuatkuasakan pada Jun tahun ini,” – Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching

RM40 juta Sabah: Kenyataan Najib celaru, SPRM bingung?

Disebalik kecelaruan kenyataan Najib ini tambah Ahli parlimen Ipoh Timor itu, ia telah menimbulkan dua lagi persoalan penting. “Pertamanya, adakah transaksi ini merupakan sebuah tindakan rasuah melibatkan Musa atau UMNO Sabah? “Atau, adakah RM40 juta ini merupakan wang kotor yang terhasil dari rasuah atau aktiviti haram yang perlu diseludup ke dalam Negara?” soalnya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor.

Jemputan ke forum terbuka, “Bagaimana PR akan membelanjakan wang rakyat?” 22 Oktober ini

Orang ramai dijemput hadir untuk mendengar penjelasan lanjut Pakatan Rakyat dalam forum “Bagaimana PR akan membelanjakan wang rakyat?” yang akan diadakan pada 22 Oktober 2012 hari Isnin bermula jam 8 malam ini bertempat di Tingkat 1, Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall (KLCAH).

Guan Eng cadang kerajaan jangan tiru sikap Soi Lek

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini menyelar tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memperlekehkan laporan terbabit kononnya laporan itu tidak memberi sebarang impak terhadap sokongan rakyat kepada BN.