All posts in 'Berita' Subscribe

Pengundi hantu, golongan muda, Sabah dan Sarawak penentu PRU ke-13

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, isu paling besar yang perlu difahami oleh rakyat adalah kewujudan banyak pengundi hantu yang bakal menghantui PRU ke-13 yang mana ia tidak akan mencerminkan realiti dan hasrat rakyat.

Kreativiti komputer, internet bukan hanya daripada mereka yang berijazah sahaja

Tony Pua “Apa yang lebih menakutkan ialah CPB2011 juga meliputi semua laman web, portal atau aplikasi teknologi yang berkemungkinan memburukkan ‘imej negara,’ dan yang dianggap mengganggu ‘keupayaan kerajaan untuk berfungsi’,” katanya dalam satu kenyataan.

UMNO fitnah DAP mahu republik, kesannya pada istana

Menceritakan lebih lanjut mengenai kerjasama PAS dan DAP, Subky berkata pada 1973 di sebuah forum di Universiti Malaya, beliau pernah mencadangkan agar PAS dan DAP tidak mengikut rentak BN yang menggunakan perkauman tebal.

Exco Pakatan Pulau Pinang akan isytihar harta masing-masing

“Bagaimana politik boleh bercampur dengan perniagaan, apabila politik itu bertujuan untuk menjaga kepentingan awam manakala tujuan perniagaan adalah untuk keuntungan peribadi? Contoh parti politik yang telah menjadi kaya melalui perniagaan boleh dilihat dalam kes MCA yang sekarang berupaya untuk memberi wang kepada ahli-ahlinya setiap tahun,” tambah beliau.

Apa rahsia blogger pro-UMNO naik kapal selam?

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, kehadiran Papagomo di dalam KD Tun Razak membuktikan Zahid adalah seorang pembohong kerana telah menjanjikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa tidak akan ada blogger dalam kapal selam itu.

Lagi banyak wang diberi kepada SPRM, lagi banyak rasuah dirasakan berlaku…

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur mahu Najib menjelaskan kepada rakyat tentang fenomena ganjil ini yang menyebabkan kerajaan beliau dilihat sebagai yang paling korup dalam sejarah Malaysia berbanding zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad

Enam langkah integriti untuk selamatkan Malaysia

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata Hari Anti-Rasuah Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari ini hanya boleh disambut dengan penuh bermakna jika enam langkah itu dilaksanakan demi membasmi rasuah dan penyelewengan yang telah membuatkan rakyat sengsara

Nak bukti kapal selam boleh menyelam ambil masa 21 bulan?

Guan Eng tetap akan menerima cabaran Zahid menaiki kapal selam itu di Langkawi esok, walau sudah terlampau lewat seolah-olah ada sesuatu yang mahu disembunyikan oleh menteri berkenaan sejak 21 bulan yang lalu.

Adakah pemimpin UMNO akan menuduh JPA rasis kerana hapuskan 29,000 jawatan kerajaan?

Adakah mana-mana kumpulan pelampau kaum, termasuk lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia, akan mendakwa kononnya JPA menghina Melayu kerana telah menyediakan sistem saraan baru yang boleh “memecat” kakitangan awam yang malas dan tidak cekap?

Negara-negara jiran makin pulih, Malaysia makin teruk dengan rasuah di bawah UMNO-BN

Kit Siang berkata, secara purata tahunan, pemulihan China dari rasuah dan kemunduran Malaysia dengan rasuah sejak 17 tahun dahulu menunjukkan bahawa negara komunis itu bukan sahaja mengejar Malaysia, malah akan jauh meninggalkan Malaysia di belakang hanya dalam masa empat tahun mendatang.