All posts in 'Isu Semasa' Subscribe

Di padang bola pun Najib diketawa

Saya fikir jika dibandingkan antara Najib dan Pak Lah, ternyata anak bekas perdana menteri  itu memang sentiasa lucu dan ‘menghiburkan’ (walaupun dalam ketawa, kita tetap berasa sakit hati).

Artikel jahat hina ahli wanita, DAP lapor SKMM

DAP hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap dua artikel berniat jahat yang menghina tiga ahli wanita Melayu parti itu, iaitu Dyana Sofya Mohd Daud, Syefura Othman dan Jamila Rahim.

DAP bukan tewas, elak parti dibatal ROS – Lim Guan Eng

Keputusan pahit dan menyakitkan yang dibuat oleh pimpinan parti dalam mesyuarat tergempar CEC 2012-15 pada hari Rabu lalu untuk mengadakan pemilihan semula adalah semata-mata untuk mengelak daripada memberi peluang kepada ROS untuk menyalahgunakan kuasanya dengan membatalkan pendaftaran parti.

“Father Augustus Chen” tidak wujud bukti risalah ditulis mengenai DAP bohong

“Father Augustus Chen” adalah makhluk khayalan juru propaganda dan cybertrooper skuad DDD UMNO/BN yang dicipta untuk menulis sekitar 100 pembohongan dalam risalah setebal 12 muka surat sebagai kemuncak serangan DDD ke atas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung pada Disember tahun lalu.

DAP terus desak ROS beri penjelasan

CWC DAP sangat kecewa dengan sikap ROS yang tidak profesional, tidak beretika malah tidak menepati undang-undang dengan membuat kenyataan media yang tidak mempunyai asas, fakta atau undang-undang. Jika ROS percaya bahawa mereka difitnah DAP, mereka pastinya boleh membawa DAP ke mahkamah dan memfailkan saman fitnah.

DAP tidak boleh terima arahan ROS tanpa sebab munasabah

DAP kekal dengan keputusannya menolak arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) selagi ROS gagal menjelaskan mengapa parti itu perlu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mengikut peruntukan undang-undang berkaitan Akta Pertubuhan.

DAP sebulat suara tolak arahan tidak munasabah ROS

Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi membuat keputusan menolak arahan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya parti itu mengadakan pemilihan semula jawatankuasa berkenaan.

Arahan ROS bermotif politik memihak BN, Zahid amal ‘double-standard’

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menganggap arahan pemilihan semua CEC DAP itu bermotif politik berdasarkan surat ringkas yang dihantar Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke Ibu Pejabat DAP yang diterima jam 4.48 petang semalam.

Dilema The New Village dan Tanda Putera: Cuma mainan tangan ghaib Oleh Muhammad Ariff Mohamad Nizam

Filem yang membawa sejarah yang mempunyai hujah perbandingan dan perbedaan pendapat membuka ruang untuk dialog pensejarahan negara. Kaji semula sejarah dan fahami. Rujuk sumber yang banyak bukan hanya merujuk pada buku teks.

Tak sangka Pengarah ROS berbohong di bulan puasa – Guan Eng

Ini keterlaluan kerana pimpinan DAP langsung tidak menimbangkan atau bangkitkan cadangan untuk menubuhkan sebuah parti baru di dalam atau diluar mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). DAP kesal tindakan Datuk Abdul Rahman yang secara sedar membuat pembohongan sedemikian pada bulan Ramadan. ROS membiarkan dirinya diperalat UMNO bagi mengalahkan DAP ketika UMNO tidak mampu mengalahkan DAP pada pilihan raya umum dengan membatalkan pendaftaran DAP.