All posts in 'Isu Semasa' Subscribe

Kemenangan UMNO/BN di Kuala Besut, tidak setimpal pemberian RM500 juta

Menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, UMNO/BN sepatutnya berterima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan hari mengundi PRK Kuala Besut, pada Rabu menyebabkan majoriti undinya meningkat dan peratusan keluar mengundi merosot.

DAP tidak tentang Islam, mahu subjek Tamadun Islam jadi elektif di IPTS

Ketua Whip DAP Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan, Loke Siew Fook berkata, malah DAP pernah beberapa kali menganjurkan dialog ketamadunan berlainan (inter-civilisational dialogues) untuk memupuk persefahaman dan hormat-menghormati antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Kit Siang terkejut Shahidan percaya pembohongan “Red Bean Army”

Kit Siang berkata, kalangan yang mahukan RM350 juta untuk membiayai cybertrooper UMNO/BN untuk tempoh lima tahun akan datang perlu berani tampil untuk menjelaskan mengapa mereka memerlukan sejumlah itu dan bukannya bergantung pada pembohongan mengenai “Tentera Kacang Merah” khayalan bagi menguatkan tuntutan mereka.

DAP gesa kerajaan hapus PTPTN, beri pendidikan percuma

Menurut Zairil, sampai bila Kementerian Pendidikan harus berselindung di sebalik alasan perbezaan antara sistem yang digunakan dalam negara dengan sistem penarafan dan kriteria penilaian universiti di peringkat antarabangsa sedangkan sistem pengajian tinggi dan lingkungan akademia yang sedia ada tidak mampu menghasilkan pensyarah dan mahasiswa bertaraf antarabangsa kerana mereka ditindas dan dikongkong.

ASEAN bincang segera langkah atasi jerebu

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, jerebu di Johor, khususnya di Johor Bahru, berada pada peringkat mencemaskan dengan bacaan aras pencemaran udara (API) di Kota Tinggi dan Pasir Gudang masing-masing mencecah 314 dan 323 pada jam 11 pagi tadi.

Kabinet usah berlengah, tubuh segera IPCMC

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berharap Kabinet tidak berlengah, sebaliknya bertindak segera menyelesaikan masalah kematian dalam tahanan polis dengan mengambil keputusan menubuhkan Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) pada sidang pertama Parlimen ke-13, mulai Isnin ini.

Pelantikan Tengku Adnan Mansor sebagai menteri dipertikai

Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang kini Menteri Wilayah Persekutuan perlu bersih daripada dakwaan terbabit dalam konspirasi skandal Datuk V K Lingam berhubung pelantikan hakim.

DAP terkejut Speaker ugut boikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen PR

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP amat terkejut dengan ugutan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang bakal mengakhiri mandatnya, untuk memboikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat supaya mereka hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan mengakibatkan pilihan raya kecil.

Pembohongan Mahathir, Utusan Malaysia tidak dapat sambutan Melayu

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, serangan berterusan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Utusan Malaysia terhadap kaum Cina akan menjejaskan kedudukan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia.

PR jangka hadapi cabaran berbeza pada PRU-14

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, matlamat PR di Sabah adalah untuk memenangi sekurang-kurangnya sepertiga daripada 26 kerusi Parlimen di negeri ini tidak tercapai bagi membolehkan PR mengumpul 33 kerusi Parlimen daripada tiga negeri “deposit tetap” Sabah, Sarawak, dan Johor, untuk membantu mencukupkan kerusi Parlimen yang diperlukan PR menawan Putrajaya.