All posts in 'Rencana' Subscribe

BN kotor atau kita tamak?

Jika kita sebagai pengundi bersikap tamak dan lupa diri dengan sedikit habuan – sama ada RM100 atau RM500 – maka bersiap sedia untuk menerima satu lagi era pemerintahan di mana kerajaan menganggap rakyatnya sebagai anak-anak kecil yang boleh dirasuah dengan sebutir gula-gula.

Terus ‘bangsat’ – Selamat Hari Lahir UMNO….

Dalam ucapannya, PM Najib berkata, “…tidak mahu melihat anak cucu kita terbangsat hidup merempat…”. Persoalannya, siapakah yang membangsatkan siapa? Mengapakah Melayu merempat? Kenyataan Najib ini bertepatan dengan pepatah Melayu “Mengata dulang paku serpih…”

Tenang : Perkara prinsip

Aku katakan “tampak” kerana harga murah Proton sebenar-benarnya tidak murah, ia hanya murah kerana yang lain-lain mahal. Harga VW Polo, sebagai kereta termurah buatan VW, di UK hanya sekitar £12 ribu, iaitu sekitar RM59 ribu.

Kerajaan UMNO-BN benarkan ceroboh kawasan rumah orang?

Jika tiada tindakan undang-undang untuk menjamin hak peirbadi dan privasi, adakah ini budaya baru yang ditawarkan oleh UMNO-BN untuk rakyat Malaysia?

DILEMA – Apa itu BERSIH?

Daripada Perdana Menteri hinggalah kepada para pecacai UMNO-BN, mereka mendakwa BERSIH mahu menjatuhkan kerajaan. Bagaimana BERSIH mahu menjatuhkan kerajaan melalui tuntutan supaya pilihan raya adil, bebas dan bersih, tidak pula dijelaskan kepada rakyat. Bagi kerajaan UMNO-BN, hanya polis yang baik, dan rakyat yang mahu kepada pilihan raya adil, bebas dan bersih adalah jahat.

Katanya… Mana Kad Laporan Prestasi Wakil Rakyat UMNO BN?

Apabila kerajaan Pakatan Rakyat memberikan Buku Jingga, pandai pula mereka menuduh PR hanya tahu memberi janji, tetapi mereka lupa KPI mereka sendiri tidak pernah didedahkan kepada majikan mereka, iaitu rakyat Malaysia.

‘Huru-hara’ Bersih 3.0 : Jawapan mudah untuk UMNO – Oleh Hafiz Zainuddin

“Sudah-sudahlah tu nak membodohkan orang… rumah pakcik ada internet, ada facebook… tengok youtube… segala paper pakcik baca.” – Pak Long Alias, 57, Kerinchi.

Pojok: Cabai Burung

Bayangkanlah, sejak tahun 1998 lagi kita dah didendangkan dengan cerita lucah. Bila dihitung, sudah lebih satu dekad. Kalau kita seorang datuk, cucu dah khatam pun mengaji Quran.

Tun M dan Najib yang bijak laksana… Oleh : Mazir Ibrahim

Sebelum kita terlupa, “menjatuhkan kerajaan” itu juga sebenarnya bermakna nak menjatuhkan parti politik, bukan menjatuhkan Institusi Kerajaan. Jangan silap!

Pasca Bersih 3.0: Kisah Ibu Tua yang dibelasah polis – Oleh: Hafiz Zainuddin

Mengapa semua ini berlaku? Apakah polis wanita tersebut tidak ada perasaan belas sehingga sanggup menumbuk seorang ibu tua berusia 71 tahun? Dimanakah letaknya peri kemanusiaan atau sekurang-kurangnya rasa hormat terhadap orang tua dan sesama wanita?