All posts tagged 'lim kit siang'

DAP ikrar jaga kebajikan keluarga mangsa ‘13 OKZ’

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Datuk Ngeh Koo Ham hari ini berkunjung ke rumah isteri kepada salah seorang 13 tahanan tersebut bagi menyampaikan sumbangan hasil potongan gaji ADUN DAP Perak berjumlah RM18,000.

Hudud: Najib diberi tempoh 48 jam nyatakan pendirian

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang memberi tempoh 48 jam kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan pendirian Ahli Parlimen UMNO-BN berhubung rang undang-undang (RUU) persendirian pelaksanaan hudud di Kelantan.

Konspirasi “UG” lenyapkan isu 1MDB, Jet Najib dan belanja kahwin anaknya dengan ‘RUU Hudud’

Dalang konspirasi “Unity Government” antara UMNO dan PAS telah berjaya melenyapkan isu dan skandal yang menghantui pentadbiran Perdana Menteri Najib Tun Razak kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Ketua Polis Negara diam diri isu ugutan bunuh dan rogol terhadap Aisyah Tajuddin

Tindakan berdiam diri Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar itu hari ini dipersoalkan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang sambil menyifatkan Khalid bersikap pilih kasih kerana hanya pantas menangkap pimpinan Pakatan, tetapi tidak melakukan apa-apa tindakan terhadap ugutan bunuh terhadap Aisyah.

Pakatan mungkin tiada lagi, UMNO-BN bakal berkuasa penuh, rakyat akan tanggung derita – Kit Siang

Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata, sepatutnya Pakatan lebih bersatu hati untuk menghadapi UMNO-BN yang semakin tidak popular dan hanya memerintah sebagai kerajaan minoriti dengan sokongan 47% undi popular sahaja.

Mutu pendidikan makin merudum, apa Muhyiddin buat?

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, selaku Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meletakkan jawatan kerana gagal meningkatkan prestasi pendidikan negara dan bertindak segera selepas hasil penilaian Program Penilaian Pelajar Internasional (PISA) dikeluarkan lebih setahun lalu.

Skandal 1MDB: Ketua Polis Negara perlu jelas percanggahan

Percanggahan kenyataan Ketua Polis Negara dan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah(SPRM) tentang siasatan 1MDB menunjukkan pentadbiran badan-badan kerajaan sudah semakin celaru.

Ketua Audit Negara mesti lebih cergas, segera siasat 1MDB

Rakyat Malaysia ingin mengetahui sebab kenapa Ketua Audit Negara tidak segera bertindak menyiasat skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan beliau hari Rabu lalu untuk memeriksa kira-kira 1MDB secara bebas.

DAP akan bawa usul tubuh Jawatankuasa Pilihan di DUN Sabah, nilai 52 tahun Sabah dalam Malaysia

Bagi menilai kedudukan Sabah yang telah berada dalam persekutuan Malaysia selama 52 tahun, DAP akan bawa usul penubuhan Jawatankuasa Pilihan di sidang Dewan Undangan Negeri Sabah.

DAP cabar Najib dan menteri kabinet jawab skandal 1MDB di Parlimen

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Najib dan menterinya mesti memberikan komitmen penuh kepada setiap persoalan mengenai 1MDB dan tidak cuba melarikan diri dengan mendakwa semua persoalan tentang 1MDB harus menanti siasatan Ketua Audit Negara terlebih dulu.