All posts tagged 'teresa kok'

Pecah ‘telur busuk’ terhadap Teresa, hina wanita

Kesaksamaan wanita adalah kemajuan untuk semua’ adalah tema Hari Wanita Antarabangsa tahun ini tetapi ia amat memalukan apabila layanan kelas kedua terhadap mereka masih berleluasa.

Niat ikhlas Teresa bersalam dibalas telur busuk

Seorang lelaki tidak dikenali melakukan perbuatan khianat kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim dengan memecahkan telur busuk ketika bersalam pada satu majlis ceramah di Taman Cermai, Permatang Pauh, semalam

Pengundi Kajang perlu tolak politik ugut BN, beri sokongan padu kepada Anwar – Teresa Kok

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok Suh Sim merayu pengundi Kajang menolak politik ugut Barisan Nasional (BN), sebaliknya memberi sokongan padu kepada calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mencapai kemenangan dengan majoriti lebih besar.

Teresa tidak tunduk ugutan pelampau, gesa polis siasat

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang mengancam akan mengadakan protes beramai-ramai di depan pejabatnya.

Teresa cabar Najib bertindak tegas terhadap pelampau, bukan jadi bacul

Teresa Kok Suh Sim hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuktikan beliau seorang pemimpin yang boleh bertindak tegas terhadap pelampau dan penghasut dalam negara.

Teresa harap polis siasat menyeluruh, tahan pihak terbabit

Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok Suh Sim berharap polis akan menyiasat secara menyeluruh berhubung insiden simbahan cat merah dan bangkai ayam di pejabat pusat khidmatnya pagi tadi.

Pusat khidmat Teresa Kok disimbah cat, bangkai ayam

Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok Suh Sim terus menerima ancaman, kali ini pihak terbabit bertindak lebih melampau apabila menyimbah cat merah pada tangga naik ke pejabat pusat khidmatnya di Jalan Kuchai Lama, di sini.

Tiada bukti penghinaan, segera tamatkan krisis palsu ‘Onederful Malaysia’

Pimpinan BN yang menghentam Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok gagal menyahut cabarannya membuktikan kandungan anti-Melayu dan anti-Islam dalam video itu.

UMNO takut dengan YouTube? – Aishah

Justeru, sejauh mana “transformasi politik” yang mengambil kira “politik baru” untuk Malaysia yang demokratik seperti diuar-uarkan Perdana Menteri DS Najib Razak? Sampai bila politik Malaysia berkisar adegan peribadi, keganasan dan perkauman?

Pimpinan MCA yang sepatutnya minta maaf kepada saya – Teresa Kok

Jika pimpinan MCA tidak boleh terima satira politik dalam sistem demokrasi mahu pun kegagalan dasar kerajaan diperolok, tiada sebab untuk mereka putar belit makna, tujuan serta kandungan video itu.