All posts in 'Berita' Subscribe

Hudud: PAS khianati rakyat Kelantan

Tindakan PAS berusaha bermati-matian untuk tetap melaksanakan undang-undang hudud jelas dengan sendirinya telah mengkhianati kemahuan rakyat Kelantan, kata Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Bentang hudud: PAS Kelantan tikam belakang Pakatan Rakyat

Tindakan Kerajaan Negeri PAS Kelantan membentangkan Enakmen Jenayah Syariah di Dewan Undangan Negeri hari ini diibaratkan menikam belakang Pakatan Rakyat dan bertujuan memecahkan perikatan politik tersebut.

Himpunan “Justice is Dead” esok: DAP seru rakyat berhimpun di pejabat SPRM

Sebuah himpunan aman “Justice is Dead” akan dianjurkan DAP bagi menuntut keadilan ke atas kematian mendiang Teoh Beng Hock pada jam 10.30 pagi esok di pejabat SPRM, Plaza Masalam Shah Alam esok.

Pasar Samariang Kuching, satu lagi projek ‘gajah putih’ BN

Penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong Abdul Aziz Isa berkata, beliau telah menerima pelbagai aduan dari orang ramai berhubung pasar tersebut yang seharusnya dua tahun disiapkan, namun kini menjadi satu lagi projek ‘gajah putih’.

DAP sambut baik pendirian akhbar The Sun mahu kerajaan tangguh GST

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong ditemani Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini pada sidang media di lobi Parlimen memuji pendirian akhbar itu sambil menyifatkannya sebagai contoh yang wajar diikuti media lain.

Hutang Pembinaan PFI cecah RM30 bilion, DAP desak penjelasan PAC

Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming berkata, PAC sebagai panel Parlimen perlu mendesak Kementerian Kewangan menjawab 10 soalan berikutan syarikat tersebut dilaporkan memiliki liabiliti RM27.9 bilion pada akhir tahun 2012.

DAP persoal baki RM 462 juta bantuan mangsa banjir, bimbang disalahguna

Peruntukan RM 800 juta diumumkan 5 Januari lalu oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, namun ketika ditanya di Parlimen, hanya sedikit jawapan diberikan, tanpa perincian penuh.

Insinerator Taman Beringin: Kegagalan di Pangkor menimbulkan kebimbangan

Dr Ong Kian Ming, kegagalan mengurus insinerator di Pulau Pangkor semakin jelas daripada kiriman twitter berkenaan lawatan Menteri Pembangunan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan ke sana baru-baru ini.

DAP kutuk penahanan Nurul Izzah, solidariti nyalaan lilin depan lokap Jinjang malam ini

DAP mengutuk sekeras-kerasnya salahguna kuasa pihak polis menahan Nurul Izzah Anwar di bawah Akta Hasutan dan menggesa Naib Presiden PKR itu dibebaskan segera.

Najib anggap percutian urusan rasmi, khianat duit pembayar cukai

Ekoran tidak menjawab soalan kenapa jet rasmi dirakam FlightRadar24 singgah di Indianapolis, Los Angeles, New York, London, Dubai dan Bangkok sewaktu beliau meninggalkan Hawaii menggunakan pesawat TUDM.. Najib dilihat cuba menyembunyikan fakta di Parlimen hari ini.