All posts in 'Berita' Subscribe

DAPSY kecewa PAS Kelantan menyimpang dasar bersama Pakatan

Pemuda DAPSY terkejut dan kesal dengan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa matlamat menawan Putrajaya merupakan perkara kedua selepas pelaksanaan hudud.

Isu hudud, PAS diingatkan konsisten dasar bersama Pakatan Rakyat

Pembentangan dijadualkan 29 Disember ini dilihat seperti sengaja masuk ke dalam percaturan politik UMNO-BN apabila berkeras untuk kembali dengan perjuangan negara Islam, berbanding negara berkebajikan.

Pairin ingkari matlamat PBS lawan Projek IC

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Pairin diingatkan bahawa dalam hampir setiap Kongres Tahunan PBS sejak 1996, parti itu meluluskan resolusi menentang ‘Projek IC dan mendesak RCI mengenainya dilakukan.

Jelaskan pelan pendapatan VEP Tambak Johor dan Linkedua

Kerajaan Pusat digesa menjelaskan proses pelaksanaan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang memberi pendapatan besar kepada Johor.

Hanya kesederhanaan selamatkan negara dari ancaman ekstremis

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang memohon warga Malaysia moderat tidak sesekali berputus asa dalam usaha mereka membina masyarakat yang harmoni walaupun kumpulan pendesak Melayu seperti ISMA dan Perkasa berterusan mengancam dengan tindakan tidak masuk akal.

MP Kota Belud dicabar ikrar semula sumpah di Batu Sumpah Keningau

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan dicabar mengikrarkan semula sumpah di Batu Sumpah Keningau, dan mengembalikan semula perkataan ‘jaminan kerajaan Malaysia’ yang tertera pada plak asal tugu tersebut.

Cukai iklan di Perak naik 6,600 peratus?

Sekiranya kerajaan Perak menguatkuasakan Undang-undang Kecil 2013, Akta Kerajaan Tempatan Majlis Perbandaran Manjung, cukai iklan di daerah itu akan mengalami kenaikan setinggi 6,600 peratus.

“Kuota wanita 30 peratus langkah awal tamatkan monopoli gender dalam politik”

Penetapan kuota 30 peratus wanita dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) adalah langkah awal menamatkan monopoli gender dalam politik, kata Ketua Wanita DAP Chong Eng.

Masalah PATI tak pernah selesai, bila lagi Pairin nak bertindak?

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, mimpi ngeri masalah 40 tahun PATI di Sabah bertambah parah jika tidak ada langkah tegas diambil agensi kerajaan yang terbukti terlibat.

Surat 25 tokoh Melayu masuk minggu kedua, Najib masih membisu

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, sudah dua minggu sejak surat tersebut dikeluarkan yang mendapat sokongan segenap lapisan masyarakat, namun sehingga kini Najib dilihat langsung tidak melakukan sebarang tindakan.