All posts in 'Berita' Subscribe

10 Ogos hari penentuan masa depan Pakatan – Lim Kit Siang

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menyifatkan 10 Ogos ini sebagai hari penentuan kepada masa depan Pakatan Rakyat, bukan sekadar tentang nasib Tan Sri Abdul Khalid sebagai Menteri Besar (MB) Selangor.

Fitnah terhadap P. Pinang: Nasrudin Tantawi diberi tempoh 24 jam minta maaf.

Ahli Parlimen PAS Temerloh Dr Nasrudin Hassan Tantawi diberikan tempoh 24 jam untuk membuat permohonan maaf kerana telah memfitnah kerajaan negeri, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Pemuda PR gesa pertemuan ’lapan mata’, selesaikan isu MB Selangor

“Penyelesaian paling munasabah pada tahap ini adalah pertemuan lapan mata antara Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri.

Hilang minat punca ramai tinggalkan sekolah, dedah IDEAS

Menurut kenyataan IDEAS berhubung kajian ini, 12 peratus daripada isi rumah dengan purata pendapatan RM933 sebulan mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak yang tercicir dari sekolah.

DAP bantah pembalakan haram di tapak projek Tawau Green Energy

Adun Sri Tanjong Chan Foong Hin membantah keras aktiviti pembalakan haram di tapak projek kilang geoterma Tawau Green Energy (TGE) yang menyebabkan banjir hingga menjejaskan kehidupan lebih 600 penduduk.

Rakyat Sarawak dipelawa sertai program ‘Mengenal DAP’ di Kuching, Sabtu ini

Sebuah program bengkel ‘Mengenal DAP’ yang bermatlamat memberi kefahaman berhubung sejarah dan perjuangan parti akan diadakan pada hari Sabtu ini, 9 Ogos 2014 bertempat di Pusat Khidmat DAP Tupong, Sarawak.

Terowong dasar laut Pulau Pinang melalui tender terbuka – Tony Pua

Projek terowong dasar laut yang menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam di Seberang Prai dijalankan secara tender terbuka dan telus, kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

PKR hanya usul nama Wan Azizah, kata Lim Guan Eng

PKR hanya mengusulkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai calon Menteri Besar (MB) Selangor yang baru, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Sepatutnya Selangor lebih baik dari Pulau Pinang – Tony Pua

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata, kecekapan dan ketelusan pengurusan Selangor di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim dipersoalkan kerana gagal menyiapkan pelbagai projek hingga mendatangkan masalah kepada rakyat di negeri itu.

DAP desak KM Sarawak henti anugerah tanah pada syarikat kroni

DAP Sarawak menggesa Ketua Menteri Adenan Satim mengentikan penganugerahan tanah milik negeri seluas 263.6 di Batu Kawa (MJC) Kuching, kepada syarikat dipercayai milik pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).