All posts in 'Berita' Subscribe

Najib ditekan dan termakan propaganda ISMA

Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pemikiran liberalisme dan hak asasi manusia adalah ancaman kepada umat Islam, menggambarkan beliau tunduk kepada tekanan propaganda pihak tertentu.

PRK Teluk Intan: DAP Perak siap sedia, optimis BN bakal dihukum sekali lagi

Biarpun calon Parlimen Teluk Intan masih belum diputuskan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), DAP Perak telah siap sedia sepenuhnya demi memastikan kemenangan dapat dikekalkan dalam Pilihanraya Kecil (PRK) kali ini.

PRK Teluk Intan: Pengundi muda Melayu ikrar sokongan kepada DAP

Pada saya, DAP merupakan pilihan terbaik di sini. Saya tidak menilai dari personaliti atau luaran, tapi berdasarkan kerja keras saban hari selama memegang kerusi ini yang membuktikan keikhlasan mereka.

PAS Teluk Intan: Undi DAP, tolak politik kotor UMNO

PAS menyeru pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan agar tidak terpedaya dengan mainan kotor UMNO dan terus memberi sokongan penuh kepada siapa saja calon yang diletakkan DAP nanti.

PRK Bukit Gelugor penting untuk PRK Teluk Intan – Chin Tong

Meskipun MCA gagal menyertai dan memberikan persaingan dalam pilihanraya kali ini, ia tidak bermakna DAP boleh mengharapkan kemenangan mudah kerana kempen Bukit Gelugor bakal memberikan kesan kepada pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan serta agenda perubahan yang tersekat, di seluruh negara.

Krisis Terengganu: Pilihanraya baru jalan terbaik

Pilihanraya Negeri (PRN) yang baru adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis di Terengganu, ekoran bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN yang mengumumkan keluar daripada parti itu.

PRK Bukit Gelugor: Sokongan DUN Air Itam ‘solid’ untuk calon DAP, Ramkarpal

Kalau diukur daripada sambutan rakyat Air Itam kepada calon DAP-Pakatan untuk pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, pagi ini, beliau kelihatan akan menang bergaya pada 25 Mei nanti.

Hudud: DAP sambut baik keputusan PAS, gesa bukan-Muslim terus tekan UMNO

Berikutan pengumuman itu, beliau menyeru organisasi bukan-Islam agar terus memberi tekanan kuat kepada UMNO yang menjadi dalang memulakan kontroversi hudud hanya dengan tujuan memecah-belahkan Pakatan Rakyat.

Kemaskini: Penamaan calon Bukit Gelugor meriah

Penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat berhimpun untuk memberikan sokongan kepada calon DAP-Pakatan dalam prk Bukit Gelugor.

PRK Bukit Gelugor: MCA tipu diri dan rakyat

MCA ada hak demokratik untuk bertanding atau tidak. Biasanya kami akan menghormatinya, namun alasan yang diberikan sangat mengarut, palsu dan bertentangan. Jelas, MCA bukan sekadar menipu diri sendiri, malah rakyat dengan memberi alasan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.