All posts in 'Berita' Subscribe

DAP kecam tuduhan David Dass tidak masuk akal

Ketua Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo mengecam tindakan bekas ahli DAP, David Dass yang mendakwa Kongres Khas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang bakal diadakan 29 September adalah tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan parti.

DAP lantik firma perakaunan antarabangsa, perkukuh proses pemilihan CEC

DAP hari ini mengumumkan pelantikan firma perakaunan antarabangsa ‘PKF Accountants and Business’ sebagai pemantau dan juruaudit untuk Kongres Khas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang akan diadakan pada 29 September ini.

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera hanya bela kroni, jejas hasrat rapatkan jurang miskin-kaya

Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dilihat hanya akan menguntungkan sebahagian kecil syarikat GLC milik kroni dan pada masa yang sama fokus menaiktaraf 40 peratus di bawah Model Ekonomi Baru (MEB) akan terencat.

Kedudukan PAS semakin mantap hasil kerjasama dalam PR – Tengku Zulpuri Shah

PAS bukan semakin lemah malah akan terus kukuh dan kuat kedudukannya serta mendapat sokongan lebih besar masyarakat hasil kerjasama politik bersama parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR).

AES perlu kajian menyeluruh – Teresa Kok

Kerajaan perlu meyakinkan orang ramai bahawa sistem AES benar-benar berkesan dan keputusan asal melaksanakannya bukan satu skim untuk membantu dua syarikat swasta meraih keuntungan besar

13 ‘Orang Kena Zalim’ bebas tunggu rayuan

Sekumpulan 13 individu pro demokrasi yang dihukum penjara minggu lalu, hari ini dibebaskan untuk menangguhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Taiping sementara menanti rayuan.

Tribunal Rakyat: Ahli Parlimen DAP dedah penipuan undi di Klang

Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago mendedahkan terdapat sebanyak 3,457 nama pemilih berdaftar yang ‘dipindahkan’ daripada daftar pemilih kawasan Parlimen Klang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), pada 5 Mei lalu.

DAP tolak Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang cuma untungkan segelintir ahli UMNO: Kit Siang

Terbukti melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan menghasilkan kekayaan hanya segelintir manusia dalam UMNO sedangkan ia bertujuan mengangkat dan memajukan Bumiputera yang sebahagian besarnya masih berpendapatan rendah.

Ekonomi Melayu-Bumiputera: UMNO main-main tolong Melayu – Datuk Mohd Ariff Sabri

Kerajaan UMNO/Barisan Nasional (BN) hanya berjaya meningkatkan 21 peratus pegangan ekuiti Melayu dan Bumiputera dalam tempoh 43 tahun sejak 1970 walaupun mereka dilihat sering mengumumkan pelbagai dasar dan pelan ekonomi konon untuk membela dan memperkasa ekonomi Melayu dan Bumiputera.

Bekas KPN digesa perjelas permohonan Chin Peng untuk kembali ke tanah air – Teresa Kok

Adakah Haniff pernah menafikan atau boleh menafikan bahawa dia tidak pernah mengatakan seperti yang tertera dalam NST pada 1991, iaitu Chin Peng telah mengemukakan permohonan tapi agak lewat daripada tempoh satu tahun yang ditetapkan?