All posts in 'Berita' Subscribe

PR lancar kempen ‘Mansuhkan 9A’, desak kerajaan kembalikan hak rakyat

Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago hari ini melancarkan kempen dalam talian ‘Mansuhkan 9A’ bagi mendesak kerajaan memansuhkan Seksyen 9A Akta Pilihanraya 1958 kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bukti Kerajaan Persekutuan double-standard dalam pendakwaan

Jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen membukti sikap pihak Pendakwa Raya dan Kerajaan Persekutuan berpilih dan double-standard dalam mendakwa pemimpin pembangkang dan penyokong Barisan Nasional.

NGO minta Taiwan batal projek di Pengerang

Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa berkata, beliau cuba menekankan bahwa pihak yang bertanggungjawab terhadap penyediaan DEIA seharusnya merujuk balik kepada laporan yang ditulis Profesor Jhan,Jhang-Cyuan dari Pusat Pengajian Kesihatan Awam, Universiti Nasional Taiwan.

Satu lagi tahanan mati, petunjuk untuk segera tubuhkan IPCMC

Satu lagi kes tahanan mati dilaporkan di Batu Gajah, Perak, semalam adalah petunjuk supaya kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bagi menangani perkara itu.

KJ perlu jelas secara jujur pertambahan mendadak kos Hari Belia 2012

Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong juga mahu Khairy jelaskan pecahan kos membabitkan RM55 juta itu termasuk penajaan, senarai kontraktor atau pembekal yang dilantik serta kos perkhidmatan setiap mereka.

Ramai pemimpin PR bakal hilang kelayakan wakil rakyat

Seorang lagi pimpinan DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook akan didakwa di mahkamah pada 24 Julai ini kerana menganjurkan perhimpunan aman di Padang Merbok, 22 Jun lalu.

Pelaksanaan projek 1BestariNet RM663 juta ‘perguna’ wang rakyat?

Kementerian Pendidikan diminta menjelaskan kepada rakyat samada wang pembayar cukai digunakan untuk pelaksanaan projek 1BestariNet bernilai RM663 juta yang ditawarkan kontrak kepada syarikat kroni, YTL Corporation Bhd (YTL).

Najib pasang strategi bendung pengaruh Muhyiddin di Johor?

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mungkin akan terus berkempen sehingga Perhimpunan Agung UMNO akhir tahun ini kerana masih banyak papan iklan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 yang memaparkan wajahnya di Johor masih belum diturunkan.

PAS mahu tindakan sama tegas diambil terhadap orang Islam yang hina agama lain

PAS menggesa pihak berkuasa turut mengambil tindakan ke atas orang Islam yang menyinggung dan memainkan sentimen perkauman dan agama masyarakat bukan Islam.

DAP gesa kerajaan satukan sistem pra-universiti

DAP menggesa kerajaan menyatukan serta merta sistem pra-universiti negara untuk menangani masalah pelajar cemerlang yang gagal memasuki universiti tempatan serta memperoleh kursus diingini.