All posts in 'Berita' Subscribe

DAP desak kerajaan perjelas pengecualian duti eksais kepada warga asing

ADUN DAP Kampung Tunku, Lau Weng San memohon perjelasan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berhubung pengecualian duti eksais dan cukai jualan kepada warga asing yang mengambil bahagian dalam My Second Home (MM2H).

Lagi kejadian mati dalam tahanan di Pusat Pemulihan Akhlak

Negara sekali lagi dikejutkan dengan kematian dalam tahanan pihak berkuasa di Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak apabila Chew Siang Giap, 26, menjadi mangsa terbaru dengan beberapa kesan hitam pada tubuhnya, semalam.

DAP hairan Ahli Parlimen UMNO sanggup berbohong pada bulan puasa

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata beliau hairan bagaimana pada bulan Ramadhan yang suci ini, Ahli Parlimen UMNO terbabit boleh membuat dosa dengan pembohongan dan penipuan, bukannya memberi tumpuan mengenai soal asas pertumbuhan ekonomi negara.

Karpal Singh buat laporan polis Tajuddin Rahman

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee berikutan kenyataan hasutan Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Tajuddin Abdul Rahman terhadap dirinya.

Fitnah UMNO kian mengarut pada bulan Ramadan

Pendokong parti DAP diminta tabah mendepani cabaran masa depan dan bersedia menghadapi fitnah besar dan kecil bikinan pihak tertentu yang sentiasa menjadikan DAP sasaran politik jahat mereka.

Karpal Singh selar tuduhan jahat Tajuddin Rahman

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh menyifatkan tuduhan jahat yang dilemparkan Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Tajuddin Abdul Rahman terhadapnya baru-baru ini sebagai tindakan berunsur hasutan jahat yang tidak boleh diterima.

Pulau Pinang tuntut Menteri Pelancongan lunas janji RM20 juta tapak warisan UNESCO George Town

Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang menuntut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz melunaskan permohonan geran bernilai RM20 juta yang dijanjikan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk memulihara, melindungi dan mempromosi tapak warisan dunia UNESCO George Town.

DAP sangkal tuduhan gila UMNO/BN

Pengakuan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, kelmarin bahawa pemimpin UMNO bahagian menuntut kontrak daripada kerajaan dan mereka yang tidak berbuat demikian dianggap pengecut adalah antara beberapa kenyataan mengejutkan.

Bishop tidak campur urusan negara, beri pandangan sebagai Duta Vatican City

Semua pihak diminta tidak memberi reaksi melulu dan membuta tuli berhubung salah faham yang timbul daripada kenyataan Duta Vatican City, Bishop Joseph Marino yang memberi pandangan menyokong penggunaan nama Allah di kalangan penganut Kristian negara ini.

Bank Negara digesa lanjut tempoh pinjaman perumahan hingga 45 tahun, hadkan pinjaman kenderaan

DAP menggesa Bank Negara mengembalikan tempoh pinjaman hartanah untuk pembeli kali pertama sehingga maksimum 45 tahun yang mesti ditawarkan bank, serta menumpukan terhadap usaha menghadkan pinjaman kenderaan bagi mengurangkan hutang isi rumah yang kini berada pada kadar 83% daripada KDNK, yang kedua tertinggi di Asia.