All posts in 'Berita' Subscribe

DAP kecam tuduhan tidak berasas Bung Mokhtar

Ahli Parlimen DAP mengutuk tindakan Ahli Parlimen BN Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang mendakwa DAP bertanggungjawab menaja blogger Alvin Tan dan Vivian Lee berhubung kejadian video menghina Islam dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.

Skandal RM85 juta KTMB: DAP desak kerajaan ambil tindakan segera

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap pegawai KTM Berhad (KTMB) yang bertanggungjawab melantik kontraktor, Hopetech Sdn Bhd yang gagal menyiapkan projek Sistem Koleksi Tambang Automatik (AFC) bernilai RM85 juta.

Melayu perlu merdeka dari pembodohan 3K UMNO

Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz dalam tulisannya menyifatkan kaedah 3K itu digunakan supaya UMNO terus berkuasa walaupun tidak banyak perubahan pembangunan yang besar berlaku di kawasan itu sejak beberapa dekad lalu.

BN usah sandiwara isu pembinaan Lebuhraya Pan Borneo

Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu, Jimmy Wong Sze Phin mempertikaikan keikhlasan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) memajukan Sabah dan Sarawak dan mendakwa pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sebagai ‘indah khabar daripada rupa’.

DAP pertikai kerajaan beri kontrak secara rundingan terus

Selepas pendedahan pemberian kontrak RM9 bilion kepada YTL Corporation Bhd (YTL) bagi pembekalan komputer, DAP sekali lagi mempertikai pemberian kontrak pembinaan projek sistem rail baru di Wilayah Iskandar Malaysia bernilai RM1 bilion secara runding terus kepada syarikat, Malaysian Steel Works (Masteel).

DAP pertikai Kementerian Pendidikan pilih YTL bekal komputer Chromebook

Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari mempertikaikan tindakan Kementerian Pendidikan yang memilih YTL Corporation Bhd (YTL) untuk membekal komputer riba Chromebook sedangkan ia boleh dipesan terus daripada pengeluarnya iaitu Samsung atau Acer.

DAP gesa PDRM lakukan rombakan struktur perkhidmatan anggota untuk bendung jenayah

DAP menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan penambahbaikan kualiti perkhidmatan kepolisan sedia ada agar lebih mampu membendung jenayah yang semakin membimbangkan di negara ini.

Terserah Najib tentukan provokasi perkauman Tajuddin

Lim Kit Siang di Parlimen berkata, terserah kepada Datuk Seri Najib Razak menentukan sama ada pembohongan dan provokasi perkauman oleh Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Tajuddin Abdul Rahman pada kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Besut, kelmarin selari dengan seruan “perdamaian kebangsaan” dan inisiatif “Global Movement of Moderates” anjuran Perdana Menteri.

Pulau Pinang sokong cadangan tubuh jawatankuasa khas pelancongan di setiap negeri

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyambut baik cadangan Kementerian Pelancongan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Pelancongan di seluruh negeri di Malaysia.

‘Ubah Air’ simbolik ke arah negara lebih baik – Lim Kit Siang

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan pelancaran ‘Ubah Air’ pada 13 Julai lalu selaras dengan impian Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang bersatu di mana rakyat menganggap diri mereka sebagai satu bangsa walaupun berbeza latar belakang kaum, agama, budaya dan wilayah.