All posts in 'Berita' Subscribe

Anti Islam-Tamil, DAP gesa Malaysia tidak hadir CHOGM di Sri Lanka

DAP minta kerajaan Malaysia menarik diri daripada menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Commonwealth (CHOGM) 2013 yang akan diadakan di Sri Lanka September ini akibat jenayah perang yang dilakukan ke atas masyarakat minoriti Tamil dan Islam sebelum ini.

Ibu tunggal, warga emas terima sumbangan Ramadhan PR Tanjong Piai

Kira-kira 50 ibu tunggal dan warga emas di Kukup, Johor semalam menerima bantuan daripada Pakatan Rakyat Tanjung Piai sempena Ramadhan.

Melayu masih miskin, UMNO bukan pembela mereka

UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu sedar dan tidak memainkan sentimen perkauman konon mahu membela dan memperkasakan orang Malayu sedangkan realiti menunjukkan orang Melayu masih terkebelakang di bawah ‘jagaan’ mereka.

Caj hantar bungkusan ke luar negara naik mendadak

Caj menghantar bungkusan ke luar negara naik mendadak berbanding harga asal kira-kira dua bulan lalu.

Sokongan Abdul Rahman terhadap Ibrahim Ali, bukti slogan 1Malaysia palsu

Tindakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan seruan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali untuk membakar kitab bible membuktikan slogan 1Malaysia tidak pernah wujud dalam Barisan Nasional (BN) tapi hanya ‘1Kaum dan 1Agama’.

Hannah Yeoh sumbang bantuan kepada masjid, surau di Subang Jaya

KELANA JAYA, 20 JULAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan menyampaikan bantuan kepada enam masjid dan 17 surau di sekitar Subang Jaya sempena Ramadhan tahun ini.

Gagal bertindak ke atas Ibrahim Ali bukti benar hina agama lain

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengecam kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul Rahman Dahlan yang rasis dan melampau terhadap ‘hak’ Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang mengancam untuk membakar kitab Bible.

Anthony Loke kecam tindakan berat sebelah pihak berkuasa terhadap PR

Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke Siew Fook kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang membuat keputusan berat sebelah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berbanding pemimpin UMNO/BN dan penyokong kerajaan pemerintah.

Hak milik strata: Pulau Pinang selesai kerja ‘terbengkalai’ kerajaan BN

Beberapa kawasan perumahan utama di Pulau Pinang terus berhadapan dengan masalah yang ditinggalkan ketika diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN) terutamanya membabitkan status pengeluaran hak milik strata perumahan awam kos rendah.

DAP desak kerajaan henti tawar projek JMCN secara rundingan terus

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendesak kerajaan memberhentikan segera tawaran bagi melaksanakan projek Rangkaian Komuter Metropolitan Johor (JMCN) di Wilayah Iskandar Malaysia secara rundingan terus kepada syarikat Malaysia Steel Works Bhd (Masteel).