All posts in 'Berita' Subscribe

Zahid Hamidi dan KPN disaran berhenti merengek macam bayi

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menggesa Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara (KPN) agar berhenti merengek seperti bayi sedang menangis dan segera mengembalikan polis ke bentuk sepatutnya.

DAP lancar program pengambilan Ejen Impian Malaysia

DAP melancarkan program pengambilan Ejen Impian Malaysia peringkat kebangsaan bagi mengumpul sukarelawan kalangan rakyat Malaysia, termasuk yang tidak menjadi ahli parti bagi mengadakan kegiatan dan program ke arah memartabatkan jati diri dan kesedaran rakyat khusus generasi muda.

Menteri patut perangi jenayah, bukan bodohkan rakyat

Cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mewujudkan semula undang-undang baru bagi menggantikan Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan adalah bukti kegagalan kerajaan untuk menangani peningkatan kadar jenayah di negara ini.

Dedikasi kakitangan awam Kerajaan Negeri Selangor dihargai: ADUN Kuala Kubu Baru

Kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor mencerminkan dokongan dan kerjasama erat pelbagai pihak terutamanya kakitangan awam yang bertungkus-lumus melaksanakan tanggungjawab menjayakan aspirasi kerajaan negeri.

Tolak Pengerusi PAC Selangor, bukti BN tidak bertanggungjawab

Terbukti janji Barisan Nasional (BN) untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti hanya retorik semata apabila wakil rakyat mereka di Selangor bagi penggal kedua berturut-berturut enggan menerima tawaran sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira Kira Awam (PAC).

DAP gesa demokrasi Mesir dipulihkan, kesal kenyataan Najib

DAP kesal dan kecewa dengan rampasan kuasa tentera ke atas kerajaan Mesir pimpinan Presiden Mohammed Morsi dan menyifatnya sebagai tindakan yang tidak demokratik.

Jelaskan Malaysia negara selamat atau sebaliknya: Kit Siang

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menggesa Ketua Polis Negara (KPN) dan Menteri Dalam Negeri menyatakan secara jelas dan jujur tanpa berdolak-dalih samada Malaysia sebuah negara selamat atau sebaliknya.

Masyarakat Melayu Kedah terima baik DAP, tolak politik jumud

Kejayaan DAP memenangi kerusi Derga sangat bermakna dan menjadi contoh kepada akar umbi parti di seluruh negara memandangkan Derga merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu.

Guan Eng mohon maaf DUN gantung soalan lisan

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memohon maaf kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) membuat keputuan menggantung sesi soalan lisan akibat kekangan masa.

Tony Pua terkejut MSWG dakwa Rozali berhak terima imbuhan RM33.4 juta

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata, beliau hampir terjatuh daripada kerusi apabila membaca laporan berita bahawa Pengerusi Kumpulan Pemegang Saham Minoriti (MSWG) Puncak Niaga (PNHB), Muhammad Imran Abdullah mendakwa Pengerusi Eksekutif PNHB, Tan Sri Rozali Ismail berhak sepenuhnya menerima pembayaran RM33.4 juta.