All posts in 'Berita' Subscribe

PR sokong sebulat suara calon PAS PRK Kuala Besut

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media bersama di Parlimen hari ini menyatakan sokongan padu kepada calon PAS yang bertanding pada PRK Kuala Besut.

Skandal KLIA2: Usah terus berdolak-dalik, tubuh segera jawatankuasa siasatan bebas

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengulangi gesaan kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar menubuhkan satu jawatankuasa siasatan bebas supaya rakyat mendapat kebenaran mengenai kedudukan projek KLIA2.

Exco DAP Negeri Selangor diarah isytihar harta

DAP mengarahkan tiga Ahli Exco negeri dan Speaker Dewan Negeri Selangor daripada parti itu mengisytiharkan harta bagi memenuhi komitmennya terhadap ketelusan, akauntabiliti dan integriti.

DAP desak polis siasat menyeluruh kes kematian anggota RELA

Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo mendesak polis menyiasat secara menyeluruh kematian seorang anggota pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Chong Foo Ming, 53, yang ditahan kerana melanggar lampu isyarat merah.

Kadar jenayah menurun walaupun EO dimansuh

Setiausaha Publisiti DAP turut mempertikaikan tindakan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyalahkan peningkatan jenayah adalah berpunca pemansuhan EO.

DAP pertikai kos perkhidmatan bas PLKN meningkat sehingga 500%

Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari mempertikaikan kos perkhidmatan bas Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di tujuh kem latihan khidmat negara meningkat sehingga 500 peratus.

Menteri gagal jawab isu aliran keluar wang haram negara

Ahli Parlimen DAP Bukit Bintang, Fong Kui Lun membuatkan Dewan Rakyat, semalam gamat apabila jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengenai isu pengaliran keluar wang haram tidak tepat dan dilihat cuba mengelak daripada menjawab soalan.

Pemimpin UMNO harus dipersalahkan jika ekonomi Melayu ketinggalan

Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata pemimpin UMNO tidak boleh menyalahkan bangsa lain jika orang Melayu ketinggalan dalam bidang ekonomi atau pemilikan premis perniagaan sebaliknya persalahkan diri sendiri.

Guan Eng desak tubuh badan bebas siasat kes rogol atlet SUKMA

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa agar badan bebas ditubuhkan bagi menyiasat kes rogol membabitkan atlet bola baling Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini.

Peruntukan tambahan SPR: Timbalan Pengerusi SPR menipu

Rakyat Malaysia terus dikelirukan dengan kenyataan bohong dan berbelit-belit Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berhubung perbelanjaan agensi itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu.