All posts in 'Rencana' Subscribe

Kak Wan – Erti wanita sebenar, contoh srikandi unggul oleh Dyana Sofya

Nah, siapa kata anda tidak boleh turun berperang dengan berbaju kurung? Namun, perlu saya tambah di sini, tak perlulah ‘angkat kain’ atau ‘menyinsing lengan’.

MH370, doa kami tiada putus

Seandainya kita tiada kata-kata yang lunak untuk diungkapkan, adalah lebih baik sahaja kita diam.

Ancaman Anwar Ibrahim Oleh Muhammad Nazreen

Penghukuman Anwar merupakan strategi terkutuk untuk membatalkan kelayakan Anwar daripada bertanding di Kajang, sekaligus menafikan peluang Anwar untuk mengemudi pentadbiran negeri Selangor sekiranya beliau menang kelak

Tiga catatan politik hardcore Oleh Aedi Asri

Keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya membuatkan ‘Langkah Kajang’ jadi tempang – tersasar daripada matlamat asal. Seakan kena bentes, atau disebut orang Pantai Timur sebagai ‘cah keting’.

Impian menjadi kenyataan – Rh Bujang Ulu Wak Pakan oleh Rinda Alexander

“Impian kami selama ini untuk memiliki paip air sudah menjadi kenyataan dengan adanya projek Impian Sarawak” begitulah kata seorang daripada penghuni Rh Bujang yang menyentuh perasaan saya.

Mengapa Anwar diseksa begitu rupa? Oleh Wan Hamidi Hamid

Ini bererti BN benar-benar takut dengan Langkah Kajang. Mereka bimbang kemungkinan Anwar akan mengorak langkah menuju Putrajaya. Kerana ia bererti berakhirnya era BN. Kerana itu Anwar perlu dikorbankan demi mempertahankan kuasa UMNO-BN. Kerana itu Anwar berterusan menjadi mangsa konspirasi BN yang menyeksa kehidupan politik dan keluarga beliau.

Terima kasih Tuan Hakim, anda pemangkin Reformasi 2.0 Oleh Izmil Amri

Sejarah baru inilah yang akan melihat Anwar dalam sudut pandang yang berbeza. Seperti Yusuf yang menjadi mangsa fitnah Zulaikha, selangkah dia ke penjara kian dekat dia dengan istana. Meski barangkali tidak akan mungkin menjejak kaki ke pejabat Perdana Menteri, inilah dia sosok pemimpin dan negarawan zaman transisi.

Belanjawan Responsif Gender di Pulau Pinang Oleh Aishah

Setiap dasar yang dirangka hendaklah tidak menjarakkan jurang gender sedia ada atau mengukuhkan lagi stereotaip gender ke atas lelaki dan wanita. Hubungan antara lelaki dan wanita yang dipermasalahkan bukanlah berpusat pada perbezaan biologi tetapi hubungan kuasa dalam masyarakat.

Demokrasi Perwakilan dan Mat Rempit Oleh Haris Zuan

“Dalam satu mesyuarat yang saya hadiri, seorang daripada ahli mesyuarat membangkitkan keperluan mewujudkan halangan jalan raya yang lebih bahaya untuk motosikal agar penunggang motosikal akan lebih berhati-hati dan jika mereka kemalangan akibat halangan itu, maka moga-moga kejadian itu akan menginsafkan mereka.”

Pengalaman paling dekat dengan BTN – Oleh Dyana Sofya

Dalam pertemuan itu, beliau menyatakan kursus itu menjadikan beliau bersifat perkauman. Sehingga beliau merasakan bahawa kaum lain tidak cukup bersyukur dapat berada di Malaysia. Perlu ditunjukkan kepada mereka bahawa kita adalah bos dan mereka perlu menghormatinya.