Berita Subscribe

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai bertanggungjawab menghentikan penyalahguanan kuasa pihak pengurusan KTMB terhadap Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM) Abdul Razak Md Hassan.

Berhubung dengan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang dicadangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diadakan sebelum 10 Februari 2015, DAP memberikan komitmen akan menghadiri mesyuarat tersebut sekiranya PAS juga memberikan komitmen bahawa Presiden PAS akan menghadiri mesyuarat tersebut.

Seruan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada pengguna Melayu memboikot perniagaan kaum Cina untuk memberi tekanan supaya harga barang di pasaran jatuh adalah usaha mengalihkan kelemahan Kementerian Pertanian dan Asas Tani.

Isu kenaikan harga barang bukan disebabkan oleh identiti kaum dan agama. Tetapi disebabkan oleh kegagalan kerajaan Barisan Nasional untuk mengawalselia dasar-dasar ekonomi dengan baik.

Selepas PRU 13 yang lalu, Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia, secara terbuka menyalahkan rakyat Malaysia berketurunan Cina atas kegagalan BN meraih dua pertiga majoriti di Parlimen.

Dalam perutusan sambutan hari Thaipusam, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata penyertaan minoriti India dalam proses demokrasi adalah demi hak asasi, kebebasan berpolitik dan sivil serta kepentingan ekonomi semua warga terjamin.

Melayu dan DAP

Rencana