Berita Subscribe

Saya menyeru supaya lebih ramai rakyat Malaysia melawat laman tersebut dan memberikan sumbangan sebagai tanda solidariti bersama BFM, dan membantah pelanggaran kebebasan media oleh SKMM.

“Sudah tentu setiap parti berhak mengembangkan wacana ideologi masing-masing. DAP tidak pernah mencampuri urusan itu. Tetapi apabila kepentingan persendirian PAS sudah mula memasuki urusan dasar, sedangkan kepentingan itu tiada di dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat, sudah tentu DAP perlu memberikan teguran.

Perlu difahami bahawa penerapan undang-undang Islam secara melulu tanpa melalui proses rundingan akan memberi dampak sangat besar terhadap semua rakyat Malaysia, Muslim dan bukan Muslim.

Adalah satu kesilapan jika kita memilih untuk percaya bahawa PAS bergantung kepada isu hudud untuk kekal berkuasa di Kelantan pada Pilihanraya Umum ke-14 demi memenangi pilihanraya buat kali ke tujuh sejak 1990, walhal agenda bersama Pakatan Rakyat dengan urus tadbir yang baik dan keadilan boleh menjamin kemenangan Pakatan Rakyat di Putrajaya dan juga di Kelantan.

DAP sejak awal sudah menerima bahawa sememangnya terdapat perbezaan pegangan di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat. DAP juga yakin perbezaan ini dapat disatukan dengan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

DAP mengecam tuduhan kolot Pengerusi Biro Harmoni Agama MCA Ti Lian Ker yang mendakwa kuota 30 peratus wanita hanyalah taktik untuk memancing undi kaum Hawa.

Melayu dan DAP

Rencana