All posts tagged 'Anwar Ibrahim'

BN tak perlu hampiri PRK Permatang Pauh, Chempaka – Kit Siang

“Kalau mereka menitikberatkan perpaduan, saya seru Umno dan BN untuk tidak menghampiri Chempaka dan Permatang Pauh,” ujar Ahli Parlimen Gelang Patah tersebut.

DAP terus beri sokongan penuh kepada keluarga Anwar

“Kita melihat kuasa wanita; kita patut rasa gembira untuk keluarganya, yang memperjuangkan keadilan bukan hanya untuk ayah mereka, tetapi juga demi masyarakat.”

Perikatan Progresif antarabangsa kecam tindakan penjarakan Anwar

“Kami menuntut keadilan, ketelusan dan kedaulatan undang-undang. Kerajaan Malaysia perlu menyedari akan kepentingan mewujudkan keyakinan dalam sistem kehakiman serta mengembalikan kepercayaan dalam komitmennya kepada hak asasi manusia.”

Tanpa Anwar, Pakatan Rakyat perlu bekerja atas dasar bersama

Rakyat mahukan sebuah kerajaan yang memiliki keyakinan, bukan seperti sekarang dan PR perlu melakukan sesuatu untuk membuktikan bahawa kita lebih berdaya maju serta merupakan pilihan terbaik

Kerajaan peralat institusi kehakiman – PR Johor

“Kami mengecam keputusan mahkamah yang bersifat politik di mana institusi kehakiman diperalatkan untuk menghalang Anwar daripada terus membawa perubahan reformasi di Malaysia dalam bidang politik, ekonomi dan sosial,” kenyataan tersebut dipetik.

Laungan ‘Reformasi’ bergema di luar penjara Sungai Buloh

Kira-kira 500 peserta himpunan dari pelbagai bangsa dan peringkat umur berhimpun dihadapan Penjara Sungai Buloh mulai jam 9 malam tadi, dengan masing-masing turut menyalakan lilin, simbolik kematian sistem kehakiman negara.

Kenyataan pantas Pejabat Perdana Menteri, bukti Anwar telah dianiaya

Apakah Pejabat Perdana Menteri begitu genius berbanding Tun Ariffin yang mengambil masa dua jam membaca penghakimannya sedangkan pihak mereka sekadar mengambil masa beberapa minit saja untuk mencerna jargon undang-undang, kerumitan teknikal dan hujah-hujah dalam penghakiman?

Generasi pemimpin muda pasca-Merdeka wajar mula ambil alih kepimpinan

Saya rasa cadangan Maszlee supaya para pemimpin lama mengundur diri daripada baris hadapan dan memberi ruang kepada generasi muda untuk mengambil alih kepimpinan mempunyai merit tersendiri.

Penjarakan Anwar, demokrasi Malaysia semakin cacat – Bersih 2.0

Dalam satu kenyataan semalam, Bersih 2.0 menegaskan sistem kehakiman negara jelas semakin parah apabila pihak yang bertanggungjawab menerima hujah yang langsung tidak kukuh dan tidak menghiraukan kelemahan serius dalam kes.

Ubah rasa hampa menjadi tekad perjuangan – Guan Eng

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyeru penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara tidak berasa hampa dan bersedih dengan keputusan perbicaraan kes Fitnah 2 ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.