“Kita harap akan ada ‘pahlawan terbilang; dari Jabatan Audit Negara yang mampu ‘menyembelih; ‘drakula’ korupsi ini, sebelum mereka menghisap semua dana perbendaharaan negara hingga kering,” tegas Setiausaha Agung DAP itu.
“Hakikat bahawa siasatan polis dan SPRM gagal mendapati unsur jenayah hanya mengesahkan syak wasangka bahawa kedua-dua badan itu tidak boleh dipercayai menyiasat orang mereka sendiri.
“Keengganan untuk mengambil tindakan terhadap ketiga-tiga mereka telah menyebabkan timbulnya persoalan apakah ini adalah protes secara senyap terhadap perintah hakim atau cubaan untuk menutup kes,” soalnya.
DAP mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman supaya menjadikan negeri itu sebagai contoh pentadbiran bebas rasuah.