All posts tagged 'zahid hamidi'

Isu 1MDB: Zahid Hamidi patut arah KPN siasat, bukan nafi pertanyaan rakyat

“Zahid sudah tembak pihak yang salah. Sepatutnya dia letak kesalahan pada mereka yang rompak kerajaan dan pembayar cukai. Beliau juga patutnya salahkan mereka yang membiarkan rompakan besar ini terjadi di depan mata mereka,” ujar Tony.

Tertangkap menipu, kredibiliti Zahid Hamidi hancur dalam seminggu

“Jangan bersikap seperti pelarian dari keadilan untuk mencari perlindungan dari kebenaran, jika mereka sudah melakukan perkara yang merugikan negara,” tegas Kit Siang.

Bantah monopoli MyEG, Zahid perlu dialog dengan majikan

Kata Teresa, pembukaan semula kaunter imigresen bagi memperbaharui Permit Lanjutan Kerja Sementara (PLKS) yang diumum Zahid Hamidi semalam tidak menyelesaikan rungutan majikan, iaitu monopoli MyEG.

Kegagalan Zahid jadikan Malaysia transit militan IS?

Kementerian Dalam Negeri sangat pantas bergerak dan menangkap aktivis dan pemimpin politik tempatan yang kritikal terhadap pemerintah tetapi dalam isu Malaysia menjadi transit untuk sindiket pemerdagangan manusia dan kumpulan militan, agensi-agensi KDN seolah-olah tidak mempunyai pengetahuan langsung.

Zahid Hamidi tertangkap berbohong lagi?

Justeru itu Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menasihatkan Zahid untuk tidak lagi berbohong, kerana dia akan terpaksa berbohong seribu kali lagi untuk menutup pembohongannya yang pertama.

Dedah rahsia sulit negara, KPN perlu siasat Zahid Hamidi

“Ini bermakna suratnya kepada FBI yang mendedah butiran seperti identiti dan fakta bahawa Phua berperanan penting serta membantu Malaysia dalam projek keselamatan negara itu boleh menjadi kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Adakah kerajaan akan mohon Australia ekstradisi Sirul ke Malaysia?

Adakah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi akan menulis kepada Australia untuk mengesahkan bahawa Sirul Azhar Umar telah disabit kesalahan membunuh, serta memohon untuk mengekstradisi bekas anggota Unit Tindakan Khas itu pulang ke Malaysia?

“Muhyiddin, jangan buat-buat tak tahu isu surat Menteri kepada FBI”

Sedangkan kata Kit Siang, surat Zahid ditarik balik daripada satu perbicaraan di Mahkamah Daerah Nevada, AS selepas Putrajaya membantah ia digunakan untuk pembelaan kes Paul Phua.

Shafee kata polis buat ‘silap’, KPN diam sahaja?

Sikap berdiam diri Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berhubung kenyataan Tan Sri Shafee Abdullah bahawa polis tersalah lapor mengenai Raja Judi Paul Phua Wei Seng membuatkan kredibiliti institusi polis dipersoalkan.

Didakwa terlibat jenayah profil tinggi, Zahid Hamidi perlu digantung dan disiasat

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi harus digantung dari kabinet dan disiasat kerana didakwa terlibat dengan rasuah kontraktor antarabangsa dan jenayah kongsi gelap ‘14K’.