All posts tagged 'zahid hamidi'

Pulau Pinang akan mula prosiding cabar pengharaman PPS oleh Zahid

“Jelas serangan terhadap PPS ini bermotif politik, apabila organisasi tersebut berfungsi sebagai satu rangkaian popular di peringkat akar umbi yang menanam semangat sukarelawan dan pembentukan warganegara bertanggungjawab.”

Zahid Hamidi didesak jelaskan penahanan tiga orang awam di Tawau

Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong, Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong dan Adun Sri Tanjong Chan Foong Hin dalam kenyataan bersama berkata, perkara tersebut wajib dinyatakan kerana menimbulkan kebimbangan terhadap keluarga mangsa.

Jangan perjudikan pendidikan kerana politik – Lim Guan Eng

Tanpa merujuk secara langsung kepada Zahid, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menyifatkan cadangan menutup Sekolah Jenis Kebangsaan sebagai ‘cakap bodoh’ dan memberi jaminan bahawa ia tidak akan berlaku di negeri itu.

PPS gagal didakwa kerana memang tak bersalah – Lim Guan Eng

Kata Guan Eng, pendakwaan gagal dibuat kerana PPS sememangnya berperanan untuk membanteras jenayah, bahkan membantu tugas Polis dalam menjalankan misi kepolisan masyarakat.

‘Siasat Zahid Hamidi bawah Akta Hasutan hanya sandiwara’ – Kit Siang

“Bolehkah polis beri jawapan, mengapa masih tidak menyiasat Najib dan Mahathir, walaupun Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng telah membuat laporan polis berbeza terhadap mereka tiga minggu lalu?

Sahih, Zahid Hamidi langgar sumpahnya sendiri

Sumpah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi musnah begitu sahaja apabila sehingga hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum disiasat, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Sumpah Zahid ‘siasat dalam 24 jam’ terpakai kepada Mahathir?

“Jika kenyataan itu tidak mewajarkan polis untuk menyiasat beliau di bawah Akta Hasutan dalam tempoh tiga tahun ini, apa merit dan keabsahan untuk menyiasatnya sekarang ini? Melainkan ini adalah satu dendam politik dan salah guna kuasa yang melampau.

Akta Hasutan: Sumpah ‘siasatan 24 jam’ Zahid kecualikan dirinya sendiri?

“Jika Zahid serius dengan sumpahnya itu, beliau perlu menyatakan kepada semua bahawa polis telah berjumpa dan mengambil keterangannya. Jika tidak sumpahnya itu hanyalah omong kosong,

Fitnah jahat Zahid Hamidi, DAP Perak buat laporan polis

“Tuduhan Zahid bahawa DAP membaling batu kepada Raja Muda semasa demonstrasi di Kuala Kangsar ketika krisis perlembagaan Perak sama sekali tidak berasas.

Sebar kebencian kaum, Zahid Hamidi patut disiasat ‘dalam 24 jam’ – Kit Siang

Beberapa hari lalu, Zahid juga telah bersumpah dengan nama Allah (wallahi billahi tallahii) bahawa polis akan menyiasat dalam tempoh 24 jam dengan menggunakan Akta Hasutan terhadap sesiapa yang menyentuh isu-isu sensitif.